Konsep pembinaan rumah ibadat dengan masjid dan gereja bersebelahan di Lutong, Miri akan diterapkan dalam projek pembinaan rumah ibadat untuk masyarakat Islam dan Kristian di Sebauh.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, semangat perpaduan dan saling menghormati yang ditonjolkan di Lutong menjadi inspirasi untuk beliau menggunakan konsep tersebut bagi merealisasikan projek ini.
Projek ini memperuntukkan lima ekar tanah untuk masjid dan lima ekar lagi untuk gereja. Rumah ibadat ini juga akan berkongsi tempat letak kereta yang sama, hanya dipisahkan oleh pagar di luar.
Menurut Dr Rundi, Kerajaan Sarawak telah meluluskan RM20 juta secara keseluruhan, dengan masing-masing akan menerima RM10 juta untuk memulakan projek pembinaan rumah ibadat di Sebauh itu nanti.Projek itu difahamkan masih dalam proses tender.
Sumber: Utusan Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini