Legenda sukan ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams dilantik secara rasmi Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) sebagai Pro Canselor di universiti berkenaan.
Bekas bintang berusia 39 tahun yang juga pemenang dua kali Piala Dunia Ragbi itu berkata, peranan baharu itu diambil memandangkan ia sejajar dengan nilai pegangannya dan juga pihak universiti.
Walaupun ini adalah kali pertama beliau memegang jawatan Pro Canselor, Williams memahami erti kerja keras, ketabahan, kesyukuran, mempunyai tujuan, dan usaha untuk mengubah kehidupan. Beliau berhasrat untuk menyampaikan nilai-nilai ini kepada pemimpin masa depan di AIU.
Williams berjanji untuk tidak hanya menjadi simbolik tetapi ingin terlibat secara aktif dengan pelajar sepanjang tempoh dua tahun pelantikannya yang bermula pada 1 November lalu.
Williams yang juga pemain tengah All Blacks turut berkongsi kekagumannya terhadap Malaysia dengan menyifatkan penghargaan yang diterimanya sebagai satu pengiktirafan buat dirinya.
Dalam pada itu, Naib Canselor AIU, Profesor Datuk Dr Mohd Saleh Jaafar turut menyatakan universiti berkenaan berbangga mempunyai Williams, kerana kehidupan dan kerjayanya mencerminkan misi dan visi AIU.
Suumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini