Tahun 2025 bakal menyaksikan sejarah baharu berlaku dalam kehidupan anak aktor Tom Cruise iaitu Suri Cruise apabila dia bakal menerima dana amanah bernilai AS$600 juta(RM26.4 bilion).
Dana tersebut akan diterima Suri apabila usianya genap 18 tahun pada 18 April tahun depan.
Menurut sumber, dana amanah itu telah disediakan Cruise sebagai salah satu tanda persetujuan perceraian dengan bekas isteri iaitu aktres Katie Holmes.
Namun, wang dana tersebut diberikan secara berperingkat iaitu ketika Suri berumur 18 tahun dan 30 tahun nanti. Tabung amanah itu telah dibina dengan teliti supaya dia tidak mendapatkan semua wang sekali gus.
Bukan sahaja Cruise, Holmes turut menyediakan dana amanah buat anaknya itu sebanyak AS$25 juta (RM 110 juta) yang boleh diakses Suri apabila berusia 18 tahun.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini