Pua Kumbu Kini Mendunia Di World Ikat Textiles Symposium Filipina. Sarawak terus membanggakan Malaysia dengan mempamerkan warisan budaya kaya mereka di World Ikat Textiles Symposium, yang berlangsung selama empat hari di Baguio City, Filipina.
Acara ini bertempat di Baguio Convention and Cultural Centre, di mana seni tenunan ‘ikat’ dari seluruh dunia menjadi fokus utama.
Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, simposium ini bertujuan mengumpulkan artisan, pereka, sarjana, dan pencinta budaya untuk mendalami seni dan dimensi budaya tenunan ‘ikat’.
Rombongan Sarawak, yang diketuai oleh Menteri Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, hadir dengan misi besar iaitu bertukar pengetahuan antarabangsa mengenai teknik tenunan ‘ikat’, strategi pemuliharaan, dan diplomasi budaya. Mereka juga ingin mengukuhkan kehadiran Sarawak dalam industri kreatif global.
Sarawak yang diwakili oleh 34 kumpulan etnik dilihat sebagai pusat dinamik bagi kraf pelbagai budaya. Penglibatan di peringkat antarabangsa seperti ini membuka peluang baharu untuk akses pasaran dan pertukaran budaya.
Sumber: I Love Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini