Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, mengesahkan status pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle sebagai suami isteri selepas melalui prosiding permohonan pengesahan rujuk.
Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin memutuskan demikian selepas perkara itu disahkan kedua-dua belah pihak pada prosiding.
Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, menyatakan bahawa mahkamah berpuas hati dengan permohonan rujuk dan tiada bantahan dari pihak defendan.
Mahkamah mengarahkan untuk mendapatkan sijil rujuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan membawanya ke mahkamah pada 2 Disember untuk prosiding perceraian yang difailkan oleh Diana.
Peguam syarie mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengesahkan tiada bantahan terhadap permohonan rujuk tersebut dan menyatakan semua dokumen berkaitan perlu disusun untuk meneruskan permohonan perceraian pada 2 Disember.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini