Pengguna TikTok dikenali sebagai Cik Bella terdahulu telah membuat satu hantaran dipercayai bagi pihak kakaknya, memaklumkan dia tidak menghalalkan wang yang telah dibayar kepada jurusolek tersebut.
Kekecewaan itu diluahkan seorang wanita apabila jurusolek yang ditempah gagal muncul memberi khidmat pada hari yang dijanjikan.
Tambahnya lagi, MUA tersebut langsung tidak mengucapkan kata maaf dan beliau sengaja memuat naik isu ini agar orang ramai tidak terkena nasib yang sama di masa hadapan serta turut berpesan, jangan hanya lihat pada pengikut seseorang itu ramai lalu boleh dipercayai, tetapi periksalah sebaiknya.
Sumber: Kosmo Online!