Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Belanjawan Negeri 2025 bernilai RM15.8 bilion, yang dibentangkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg.
Bajet ini meningkatkan perbelanjaan operasi dan pembangunan sebanyak RM2.2 bilion atau 16% daripada RM13.6 bilion pada tahun 2024.
Dalam ucapan penggulungannya, Abang Johari berkata kapasiti kewangan Sarawak telah diperkukuhkan lagi dengan sumber pendapatan tambahan yang dikutip daripada cukai jualan negeri bagi produk petroleum, yang hingga kini mengumpul sebanyak RM18.6 bilion.
Beliau juga berkata, Sarawak komited meletakkan peruntukan awal RM8 bilion ke dalam Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak, diikuti dengan peruntukan tahunan berikutnya dalam tempoh 20 tahun.
Kerajaan Sarawak juga telah meletakkan langkah teguh dan strategik untuk memastikan amalan tadbir urus yang baik, disiplin kewangan yang ketat, dan pengurusan kewangan yang berhemat dipatuhi di semua peringkat dan pada setiap masa.
Sumber: Suara Sarawak
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini