Lebih 200 kanak-kanak terbunuh manakala kira-kira 1,100 individu lagi cedera di Lubnan.
Jurucakap Agensi Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder, berkata angka berkenaan direkodkan dalam tempoh dua bulan lalu.Ia sekurang-kurangnya 231 sejak permulaan perang tahun lalu.
Bagaimanapun Elder tidak mengulas berkenaan siapa yang bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan, namun ia adalah jelas seperti dilaporkan media.
Lubnan melancarkan serangan ke atas Israel sebagai sokongan kepada Palestin.
Sejak September, Israel melakukan pengeboman yang meluas di Lubnan termasuk menyasarkan kawasan lain.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini