Polis di Thailand berkata mereka 'terkepung' di dalam balai polis mereka sendiri hujung minggu lalu selepas diserang oleh 200 ekor monyet yang melarikan diri dan membuat huru-hara di bandar itu.
Penduduk di Lopburi telah lama menghadapi masalah dengan populasi monyet yang semakin bertambah dan agresif.Pihak berkuasa telah membina kandang khas untuk menahan 'kumpulan penghuni liar ini'.
Namun pada hari Sabtu, sekitar 200 ekor monyet berjaya melarikan diri dan mengamuk di seluruh bandar, termasuk menyerang balai polis tempatan.
Polis trafik dan anggota yang bertugas dipanggil untuk menangani pengunjung yang tidak diundang itu.
Di jalanan, polis dan pihak berkuasa tempatan berusaha untuk menangkap monyet-monyet liar tersebut, memancing mereka keluar dari kawasan kediaman menggunakan makanan.
Menurut foto daripada media tempatan, sekitar sedozen daripada penceroboh tersebut masih 'bertenggek dengan bangga' di atas bumbung balai polis pada hari Isnin.
Beribu-ribu monyet yang tidak gentar itu menguasai jalan-jalan di sekitar kuil Pra Prang Sam Yod di pusat bandar Lopburi.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini