Video tular memaparkan seekor ikan paus melompat tinggi di perairan Pulau Payar, meraih pelbagai komen teruja netizen di media sosial.
Menerusi video berdurasi 17 saat dimuat naik oleh Kelab Skuba Langkawi (KSL) di akaun Facebook dan Tiktok, menunjukkan ikan paus itu melompat tinggi, malah disifatkan netizen seolah-olah melakukan aksi 'superman'.
Aksi lincah paus terbabit membuatkan penonton kagum, malah ramai yang meluahkan rasa teruja di ruangan komen.
Sementara itu, Pengajar KSL, Shafila Ismail berkata, video itu dirakamkan jam 1.20 tengah hari, ahad lalu semasa perjalanan pulang selepas melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling di perairan Pulau Payar, sebelum terserempak aksi paus spesies Bryde yang melompat tinggi.
Sumber : Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini