Seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki merempuh sekumpulan orang ramai dengan sengaja menggunakan kenderaannya, menyebabkan 35 maut dan 43 lagi cedera.
Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin malam, suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam di situ.
Lelaki berkenaan ditahan polis ketika cuba melarikan diri. Dia telah mencederakan dirinya sendiri dengan pisau sehingga mengalami kecederaan serius dan kini dalam keadaan koma.
Siasatan awal mendapati punca serangan adalah rasa tidak puas hati terhadap pengagihan aset selepas perceraian, yang dipercayai mendorong tindakan ganas itu.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini