• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pemenang pingat gangsa adalah yang paling gembira
12 August 2024 | 05:41 PM

Pemenang pingat gangsa adalah yang paling gembira

PETALING JAYA – Adat setiap pertandingan, ada yang kalah dan ada meraih kemenangan sekali gus membawa pulang pingat sama ada emas, perak mahupun gangsa.

Bagaimanapun, ‘kegembiraan’ yang dirasai oleh mereka sebenarnya mungkin berbeza dan individu paling gembira adalah pemenang pingat gangsa.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), secara idealnya, pemenang pingat perak sepatutnya lebih gembira daripada atlet yang berjaya menduduki tempat ketiga.

Bagaimanapun, kata PHM, secara realiti keadaan tersebut berbeza apabila terdapat pengaruh pemikiran sehingga memperlihatkan pemenang pingat gangsa lebih meraikan kemenangannya.

“Pernahkah anda perasan bahawa pemenang pingat gangsa biasanya lebih gembira daripada pemenang pingat perak di akhir pertandingan

“Pingat perak dimenangi selepas kekalahan, tetapi pingat gangsa dimenangi selepas kemenangan. Mungkin ini yang mempengaruhi pemikiran kita tanpa sedar.

“Pemenang pingat perak berfikir, “Adoi… sikit lagi saya hampir menang pingat emas”, namun, pemenang gangsa pula berfikir, “Fuhh lega, sekurang-kurangnya saya mendapat pingat”,” seloroh PHM dalam perkongsian di Facebook.

Tambah PHM, situasi tersebut juga berkait rapat dengan kehidupan manusia apabila ada bersifat tidak menghargai apa yang sudah dimiliki.

“Tetapi lebih berasa sedih dengan apa yang tidak dimiliki. Paling penting tidak perlu membanding kejayaan dan pencapaian orang lain. Setiap hari anda maju ke hadapan adalah hari kemenangan yang perlu dihargai,” pesan PHM.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok