• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata
13 August 2024 | 06:33 PM

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

ISLAMABAD –  Atlet rejam lembing Pakistan, Arshad Nadeem menerima pengiktirafan meluas dan ganjaran kewangan sangat lumayan, hanya beberapa jam selepas memenangi pingat emas pada temasya sukan Olimpik Paris, lapor laman berita DNA India.

Arshad menjadi tajuk  utama berita tempatan dan luar negara  apabila memenangi pingat emas acara tersebut sebelum Olimpik Paris 2024 menutup tirainya baru-baru ini.

Ketua Menteri wilayah Punjab, Maryam Nawaz mengumumkan hadiah wang tunai sebanyak 100 juta rupee Pakistan (RM1.59 juta) untuk Arshad.

Selain itu, Datuk Bandar Karachi, Murtaza Wahab pula memberikan wang ganjaran sebanyak 50 juta rupee Pakistan (RM795,850) kepadanya. 

Murtaza turut mendedahkan rancangan untuk menubuhkan sebuah akademi sukan di Karachi yang akan dinamakan sempena nama Arshad Nadeem.

Semua ganjaran tersebut akan meningkatkan nilai kekayaan bersih Arshad yang ketika ini dianggarkan memiliki aset kurang 10 juta rupee Pakistan (RM159,170).

Bermula sebagai atlet kurang dikenali,  Arshad pada awal kariernya tiada wang untuk membeli lembingnya sendiri. 

Dia menggunakan wang derma rakan-rakan sekampung dan saudara-mara untuk pergi ke bandar bagi menjalani latihan dan menyertai acara sukan merejam lembing, lapor laman berita NDTV.

Dalam sukan Olimpik Paris baru-baru ini, Arshad berada pada tahap terbaiknya ketika Pakistan memerlukan dia beraksi dengan baik. 

Dalam percubaan kedua di pusingan akhir, Arshad merejam lembing pada jarak 92.97 meter.

Rejaman itu bukan sahaja membantu dia meraih pingat emas pertama dan terakhir untuk Pakistan pada Olimpik tahun ini, namun turut mencipta rekod baharu Olimpik.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok