• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Verstappen, Russell kembali cetus ketegangan menjelang GP Qatar
26 November 2026 | 11:39 AM

Verstappen, Russell kembali cetus ketegangan menjelang GP Qatar

DOHA - Bahang saingan Formula Satu (F1) semakin terasa menjelang Grand Prix (GP) Qatar hujung minggu ini apabila perseteruan antara Max Verstappen dan George Russell kembali menjadi perhatian, selain konflik dalaman Ferrari membabitkan Lewis Hamilton dan Charles Leclerc.

Selepas meninggalkan Las Vegas dan menempuh perjalanan lebih 12,000 kilometer merentasi 11 zon waktu ke Doha, saingan F1 kini menuju pusingan kedua terakhir musim ini dengan pelbagai drama dijangka berterusan di Litar Antarabangsa Lusail.

Meskipun pelumba muda Itali, Kimi Antonelli dan pasukan Mercedes sudah mengesahkan kedua-dua kejuaraan musim ini, persaingan antara pelumba serta isu dalaman pasukan masih menjadi tumpuan.

Perseteruan Verstappen dan Russell kembali memuncak selepas juara dunia empat kali itu menyindir pelumba Mercedes berkenaan susulan insiden di GP Las Vegas minggu lalu.

Verstappen yang muncul juara perlumbaan itu menyifatkan kemalangan Russell yang melanggar penghadang ketika berbaki dua pusingan sebagai 'karma', selain mendakwa pelumba Britain itu bukan tandingannya.

Sebelum itu, Russell menuduh Verstappen cuba 'mensabotaj' peluangnya sepanjang hujung minggu perlumbaan, selain mendakwa pelumba Red Bull itu berkelakuan seolah-olah dirinya lebih hebat berbanding pesaing lain.

Hubungan kedua-dua pelumba itu sememangnya tegang sejak GP Qatar 2024 apabila Verstappen kehilangan petak utama selepas dikenakan penalti susulan insiden ketika sesi kelayakan yang disifatkan Russell sebagai tindakan sangat berbahaya.

Verstappen ketika itu menyifatkan Russell sebagai seorang yang gagal, malah mengakui sudah hilang rasa hormat terhadap pesaingnya itu.

Ketegangan berlanjutan di Abu Dhabi seminggu kemudian apabila kedua-duanya saling menuduh berhubung isu buli dan pembohongan.

"Seseorang perlu berani berdepan pembuli seperti ini dan setakat ini orang ramai membiarkan dia terlepas daripada segala-galanya," kata Russell ketika itu.

Bagaimanapun, momentum ketika ini lebih memihak kepada Verstappen yang memenangi empat daripada enam perlumbaan terakhir sekali gus mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua keseluruhan.

Sebaliknya, Russell kini berada di kedudukan keempat dengan mengumpul mata sama seperti Lando Norris dari McLaren yang menduduki tangga kelima.

Russell yang memulakan musim sebagai antara pencabar utama kejuaraan juga belum menaiki podium sejak menjuarai GP Azerbaijan pada September lalu.

Verstappen pula hadir dengan keyakinan tinggi selepas memenangi tiga edisi terakhir GP Qatar dan berpeluang mencipta sejarah menerusi kemenangan keempat berturut-turut di Lusail.

Sementara itu, Ferrari turut berdepan tugas penting untuk meredakan ketegangan antara Hamilton dan Leclerc selepas kedua-dua pelumbanya sekali lagi terbabit dalam insiden pertembungan di litar.

Pasukan dari Itali itu yang dijangka mengesahkan kedudukan naib juara kejuaraan pengeluar perlu memastikan kedua-dua pelumba memahami keutamaan pasukan menjelang dua perlumbaan terakhir musim ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok