• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Liverpool Belasah Manchester United 4-0, Debut Pochettino Berakhir Dengan Aib
23 November 2026 | 12:33 PM

Liverpool Belasah Manchester United 4-0, Debut Pochettino Berakhir Dengan Aib

LIVERPOOL - Mauricio Pochettino berdepan permulaan mengecewakan sebagai pengurus Manchester United apabila skuad kendaliannya dibelasah Liverpool 0-4 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, awal pagi tadi.

Kekalahan itu menjadi lebih perit apabila The Red Devils terpaksa mengharungi sebahagian besar perlawanan dengan 10 pemain selepas Leny Yoro dilayangkan kad merah seawal minit kelapan kerana mengasari Alexander Isak.

Kelebihan jumlah pemain dimanfaatkan sepenuhnya Liverpool apabila Dominik Szoboszlai membuka jaringan menerusi sepakan percuma susulan insiden berkenaan.

The Reds kemudian menggandakan kelebihan tiga minit selepas itu menerusi Florian Wirtz yang menyudahkan hantaran silang Rio Ngumoha bagi meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0.

Liverpool terus menguasai permainan pada babak kedua sebelum Ngumoha, 18, mencetak gol ketiga pada minit ke-66 hasil hantaran Bradley Barcola.

Jaringan itu turut menyaksikan Ngumoha muncul pemain termuda menjaringkan gol menentang Manchester United dalam sejarah EPL.

Pemain gantian, Victor Munoz kemudian melengkapkan malam gemilang Liverpool apabila menyudahkan hantaran Wirtz untuk gol keempat tuan rumah.

Keputusan itu menyaksikan Pochettino berdepan tugas berat untuk mengembalikan kekuatan Manchester United yang terus bergelut dalam saingan liga apabila hanya merekodkan satu kemenangan daripada 11 perlawanan.

Sebaliknya, Liverpool melonjak ke tangga keempat liga dengan mengumpul 21 mata, tujuh mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Manchester United pula terus terperosok di tangga ke-19 dengan hanya lapan mata, sekali gus menambah tekanan terhadap usaha pasukan itu untuk keluar daripada kemelut prestasi.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok