• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kemalangan Hafizuddin tinggalkan kesan mendalam kepada rakan sepasukan
19 November 2026 | 04:40 PM

Kemalangan Hafizuddin tinggalkan kesan mendalam kepada rakan sepasukan

KUALA LUMPUR - Suasana latihan skuad angkat berat kebangsaan diselubungi kesedihan susulan insiden kemalangan yang menimpa atlet negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, sehingga menyebabkan tangan kanannya terpaksa dipotong.

Rakan seperjuangannya, Muhammad Erry Hidayat, mengakui masih sukar menerima hakikat apabila Hafizuddin terpaksa berdepan ujian berat itu, lebih-lebih lagi selepas mereka bersama-sama mengharungi perjalanan memburu kejayaan di pentas antarabangsa.

Erry berkata, beliau antara individu yang berada bersama Hafizuddin pada hari kejadian, malah turut menguruskan motosikal milik rakannya itu serta membantu menguruskan perjalanan ke hospital.

Menurutnya, Hafizuddin bukan sekadar rakan sepasukan, sebaliknya individu yang berkongsi impian dan misi sama sejak mula menyertai program Majlis Sukan Negara (MSN).

"Bagi saya sangat sedih sebab Udin ini rakan seperjuangan saya sejak dia mula masuk Majlis Sukan Negara (MSN). Kami memang dalam satu misi yang sama untuk mendapatkan kejayaan di Sukan Komanwel, sampailah perkara itu menjadi kenyataan.

"Kami tidak pernah lagi mendapat lima emas Komanwel, tetapi kali ini berjaya melakukannya. Kami tidak sangka detik hitam ini terjadi hanya dua bulan selepas Komanwel," katanya.

Lebih menyedihkan, Erry berkata mereka pada awalnya menyangka Hafizuddin hanya mengalami patah tulang sebelum mengetahui kecederaan saraf yang dialaminya jauh lebih serius.

Hafizuddin selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam kelmarin, namun tangan kanannya terpaksa dipotong atas saranan doktor bagi menyelamatkan nyawanya.

Insiden itu turut memberi kesan kepada emosi seluruh skuad kebangsaan apabila rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan sukar meneruskan sesi latihan seperti biasa.

"Mood memang sayu sangat. Semalam pun ketika latihan, jurulatih suruh kami buat apa yang kami rasa sesuai dahulu kerana semua sedang risaukan keadaan Udin.

"Dia memang antara prospek kita untuk Komanwel akan datang dan Sukan SEA kerana dia antara atlet paling kuat di Malaysia ketika ini.

"Jurulatih pun datang menangis. Kami sendiri tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan itu. Hendak berlatih pun sudah tidak ada mood kerana seolah-olah kehilangan sesuatu," katanya.

Untuk rekod, Hafizuddin mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih pingat emas kategori 88 kilogram lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026, Julai lalu.

Beliau merekodkan angkatan keseluruhan 345 kilogram untuk menghadiahkan kejayaan kepada kontinjen negara.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok