• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Harimau Malaya Kekal Di Tangga Ke-133 Dunia
19 November 2026 | 04:29 PM

Harimau Malaya Kekal Di Tangga Ke-133 Dunia

KUALA LUMPUR - Harimau Malaya berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ke-133 dunia dalam kemas kini ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terbaharu, meskipun hanya membawa pulang tambahan 0.98 mata selepas mengharungi dua aksi persahabatan di China.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu kini mengumpul keseluruhan 1,103.07 mata berbanding 1,102.09 mata sebelum ini, sekali gus mengelakkan kedudukan mereka daripada merosot.

Malaysia sebelum ini kehilangan 3.69 mata selepas tewas 0-2 kepada China, namun bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Yaman dalam aksi kedua untuk meraih tambahan 4.67 mata.

Kedua-dua perlawanan persahabatan Tier 1 itu berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, yang menawarkan peluang kepada skuad negara untuk mengutip sehingga 14.33 mata bagi memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.

Bagaimanapun, hanya satu kemenangan berjaya dicatatkan Harimau Malaya, iaitu ketika menentang Yaman yang berada di kedudukan ke-148 dunia, sekali gus menyaksikan Malaysia kini menghuni tangga ke-23 dalam ranking Asia.

Meskipun berjaya mempertahankan kedudukan, cabaran lebih besar menanti skuad negara untuk menembusi kelompok 120 terbaik dunia, apatah lagi memburu kedudukan dalam kelompok 100 teratas.

Ketika ini, Guinea-Bissau menghuni tangga ke-100 dunia dengan mengumpul 1,159.01 mata, sekali gus mewujudkan jurang sebanyak 55.94 mata berbanding Malaysia.

Jurang berkenaan menunjukkan Harimau Malaya perlu meningkatkan konsistensi prestasi dalam setiap aksi antarabangsa sekiranya mahu memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

Selepas menamatkan kempen antarabangsa tahun ini, skuad kebangsaan dijangka berehat selama kira-kira empat bulan sebelum kembali beraksi pada jendela perlawanan antarabangsa seterusnya yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 30 Mac tahun depan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok