• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Camara kembali bersama Haas di GP Las Vegas
17 November 2026 | 10:13 AM

Camara kembali bersama Haas di GP Las Vegas

LAS VEGAS - Pelumba muda Brazil, Rafael Camara bakal membuat penampilan kedua bersama pasukan Haas pada Grand Prix (GP) Las Vegas, hujung minggu ini selepas diberi peluang beraksi pada perlumbaan di Sao Paulo sebelum ini.

Pelumba berusia 21 tahun itu membuat penampilan sulung bersama pasukan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) berkenaan pada GP Sao Paulo, bergandingan dengan Oliver Bearman.

Camara yang bakal menyertai Haas sebagai pelumba sepenuh masa pada musim 2027, dipilih bagi menggantikan pelumba Perancis, Esteban Ocon yang disingkirkan selepas terlibat dalam pertelingkahan dengan prinsipal pasukan, Ayao Komatsu pada GP Mexico City bulan lalu.

Bagaimanapun, Haas masih belum mengesahkan pelumba yang bakal bergandingan dengan Bearman bagi mengharungi dua perlumbaan terakhir musim ini di Qatar dan Abu Dhabi.

Ketika ini, Camara mendahului kedudukan kejuaraan Formula 2 (F2), yang turut bakal melabuhkan tirai musim ini menerusi dua perlumbaan berkenaan.

Sementara itu, pelumba Jepun yang juga pemandu simpanan Haas, Ryo Hirakawa akan mengambil alih jentera Bearman pada sesi latihan bebas pertama di Las Vegas. Hirakawa sebelum ini turut diberi peluang menggantikan Ocon pada GP Mexico City.

Komatsu berkata, Camara sudah membuktikan kemampuan dan potensi dirinya ketika membuat penampilan sulung di Brazil dalam keadaan perlumbaan yang mencabar.

"Di Brazil, rekrut kami untuk 2027, Rafa Camara membuat penampilan sulung dalam keadaan yang amat mencabar dan membuktikan kepada kami serta seluruh dunia mengapa kami memilihnya untuk 2027.

"Kami tidak sabar untuk melihat perkembangannya pada hujung minggu perlumbaan kedua bersama kami," katanya.

Camara yang memulakan perlumbaan GP Sao Paulo dari petak ke-13 sebelum menamatkan saingan di kedudukan terakhir susulan keadaan litar yang berubah-ubah antara basah dan kering, mengakui tidak sabar untuk kembali mengemudi jentera Haas.

Beliau berkata, pengalaman di Brazil menjadi platform pembelajaran penting dan mahu memperbaiki prestasi secara berperingkat di Las Vegas.

"Saya tidak sabar untuk kembali memandu jentera di Las Vegas.

"Brazil memberi pengalaman pembelajaran yang baik dan kini tumpuan saya adalah untuk membina momentum daripada pengalaman itu, memperbaiki prestasi langkah demi langkah serta memanfaatkan setiap sesi sebaik mungkin.

"Ini litar baharu buat saya, jadi banyak perkara perlu dipelajari, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk terus menunjukkan peningkatan sepanjang hujung minggu perlumbaan," katanya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok