• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hamilton Gesa Israel Benarkan Bantuan Kemanusiaan Masuk Ke Gaza
12 November 2026 | 10:31 AM

Hamilton Gesa Israel Benarkan Bantuan Kemanusiaan Masuk Ke Gaza

RAFAH - Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menggesa Israel supaya membenarkan trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza selepas menyaksikan sendiri kelewatan penghantaran bekalan di sempadan Rafah, Mesir.

Pemandu Ferrari berusia 41 tahun itu membuat gesaan berkenaan selepas mengunjungi kawasan sempadan Rafah pada Selasa lalu, selain menerima taklimat mengenai proses penyediaan dan penyelarasan bantuan sebelum dihantar kepada penduduk Palestin.

Lawatan itu turut menyaksikan Hamilton mengunjungi gudang bantuan Bulan Sabit Merah Mesir di El Arish, yang menjadi lokasi pengumpulan bekalan kemanusiaan sebelum disalurkan ke Gaza.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hamilton meluahkan rasa sedih terhadap penderitaan rakyat Gaza sejak tiga tahun lalu, selain mengecam layanan tidak adil terhadap penduduk awam.

Beliau menyifatkan tindakan menafikan kebebasan, keselamatan dan maruah manusia sebagai satu ketidakadilan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Tiada manusia patut dilayan seolah-olah nyawa mereka kurang bernilai," katanya.

Dalam pada itu, Israel menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melakukan genosid dan menegaskan bahawa operasi ketenteraannya di Gaza menyasarkan kumpulan pejuang Hamas.

Hamilton turut mendedahkan bahawa beliau melihat deretan trak membawa bekalan makanan yang sudah bersedia untuk memasuki Gaza, namun penghantarannya sering tertangguh atau berdepan pelbagai halangan.

Lebih membimbangkan, beberapa barangan keperluan termasuk kit pertolongan cemas, peralatan perubatan, kerusi roda dan bola sepak untuk kanak-kanak turut dilaporkan ditolak atas alasan yang disifatkannya tidak munasabah.

"Israel perlu memenuhi tanggungjawabnya di bawah perjanjian gencatan senjata dan membenarkan trak bantuan memasuki Gaza. Tiada alasan untuk menghalangnya.

"Saya tidak mahu kita terbiasa melihat penderitaan mereka. Saya juga tidak mahu kita berpaling daripada situasi ini," katanya.

Hamilton sememangnya dikenali sebagai atlet yang lantang menyuarakan isu kemanusiaan dan memperjuangkan kesaksamaan sosial.

Pada 2021, beliau menubuhkan badan kebajikan Mission 44 yang memberi tumpuan kepada usaha membantu golongan muda mendapatkan akses lebih baik kepada pendidikan serta peluang pekerjaan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok