• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Mercedes Rangkul Gelaran Pengeluar F1 Kesembilan, Norris Juara GP Sao Paulo
09 November 2026 | 09:50 AM

Mercedes Rangkul Gelaran Pengeluar F1 Kesembilan, Norris Juara GP Sao Paulo

SAO PAULO - Mercedes mengesahkan kejuaraan dunia pengeluar Formula Satu (F1) buat kali kesembilan selepas melengkapkan kejuaraan berganda musim ini, manakala pelumba McLaren, Lando Norris, muncul juara Grand Prix (GP) Sao Paulo dalam perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan hujan.

Kemenangan itu menyaksikan Mercedes meraih gelaran pengeluar pertama sejak 2021, sekali gus melengkapkan kejayaan selepas pelumbanya, Kimi Antonelli, dinobatkan sebagai juara dunia pemandu termuda dalam sejarah F1 di Mexico City, minggu lalu.

Norris yang memulakan perlumbaan dari petak utama berjaya mempertahankan kedudukannya untuk tahun kedua berturut-turut, sekali gus mencatat kemenangan ke-14 sepanjang kariernya dan podium ke-50 dalam saingan F1.

Pelumba Britain itu menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 14.602 saat di hadapan Max Verstappen dari Red Bull yang mempamerkan aksi cemerlang untuk menduduki tempat kedua meskipun memulakan saingan dari petak ke-21 susulan penalti pertukaran enjin.

Rakan sepasukan Verstappen, Isack Hadjar, melengkapkan podium di tempat ketiga, manakala George Russell menduduki tempat keempat untuk Mercedes dan Antonelli menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Perlumbaan yang bermula dan berakhir dalam keadaan hujan itu menyaksikan beberapa insiden serta kesilapan ketika pelumba berdepan keadaan litar yang licin dan mencabar.

Antonelli yang mendahului pada peringkat awal turut mencatatkan pusingan terpantas, namun beberapa kesilapan dalam perlumbaan menyaksikan dia gagal mengekalkan kedudukan lebih baik.

Mercedes hanya memerlukan tambahan tiga mata berbanding Ferrari untuk mengesahkan kejuaraan pengeluar, namun pasukan Itali itu gagal memberikan saingan sengit dalam perlumbaan berkenaan.

Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas dikenakan penalti yang menyebabkannya kehilangan satu kedudukan, manakala Lewis Hamilton berada di tempat kesembilan dalam penampilan ke-400nya di pentas F1.

Hamilton turut mencuri perhatian pada permulaan perlumbaan apabila melonjak dari petak ke-20 ke kedudukan ke-11 pada pusingan pertama sebelum naik ke tempat kesembilan pada pusingan ketiga.

Mengulas kemenangannya, Norris berkata perlumbaan berkenaan amat mencabar, terutama ketika pelumba perlu membuat keputusan untuk beralih kepada tayar slick meskipun keadaan litar masih basah.

Beliau berkata kemampuan untuk kekal tenang, mengelakkan kesilapan dan mengekalkan kelajuan ketika diperlukan menjadi faktor penting kejayaannya.

"Saya gembira dapat kembali ke podium tertinggi dan tempat yang hebat untuk melakukannya," katanya.

Kemenangan itu juga menyaksikan McLaren meraih kejayaan perlumbaan pertama sejak Ogos lalu, ketika Norris menjuarai GP Belanda.

Norris melintasi garisan penamat dengan bendera penamat dikibarkan oleh bintang bola sepak Brazil, Neymar.

Sementara itu, Mercedes menyamai rekod Williams sebagai pasukan yang meraih sembilan kejuaraan dunia pengeluar dalam sejarah F1.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok