• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Manchester United intai khidmat Deschamps, masa depan Carrick semakin samar
06 November 2026 | 12:37 PM

Manchester United intai khidmat Deschamps, masa depan Carrick semakin samar

MANCHESTER - Manchester United dilaporkan sudah menghubungi bekas pengendali Perancis, Didier Deschamps bagi meneroka kemungkinan melantiknya sebagai pengurus baharu, ketika kedudukan Michael Carrick semakin tidak menentu.

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikatakan mula menyenarai pendek Deschamps, 58, susulan prestasi pasukan yang tidak konsisten, meskipun kemenangan dramatik ke atas Roma dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) sedikit sebanyak meredakan tekanan terhadap Carrick.

Deschamps bukan calang-calang nama dalam dunia kejurulatihan apabila menghabiskan 14 tahun membimbing skuad kebangsaan Perancis, selain berjaya membawa Les Bleus menjulang trofi Piala Dunia 2018.

Sebelum mengendalikan pasukan kebangsaan, beliau turut mencipta reputasi di peringkat kelab menerusi tugas bersama Monaco, Juventus dan Marseille.

Antara pencapaian pentingnya termasuk membantu Juventus kembali ke Serie A selepas kelab itu diturunkan ke Serie B susulan skandal mengatur perlawanan, selain membawa Marseille menjuarai Ligue 1 dan membimbing Monaco ke final Liga Juara-Juara sebelum tewas kepada Porto kendalian Jose Mourinho.

Deschamps juga mempunyai pengalaman dalam bola sepak England apabila pernah menyarung jersi Chelsea selama semusim, dari 1999 hingga 2000, pada penghujung kariernya sebagai pemain.

Selepas meninggalkan jawatan pengendali Perancis, beliau dilaporkan berminat untuk mengendalikan Real Madrid. Bagaimanapun, peluang itu tidak menjadi kenyataan selepas Mourinho kembali menerajui kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

Laporan media Perancis menyebut Deschamps tidak tergesa-gesa untuk kembali ke dunia kejurulatihan dan terbuka untuk mempertimbangkan peluang yang sesuai bagi meneruskan kariernya.

Dalam perkembangan berkaitan, United sebelum ini turut meneliti kemungkinan menamatkan kerjasama dengan Carrick, namun keputusan itu ditangguhkan berikutan ketiadaan calon pengganti yang benar-benar meyakinkan.

Selain Deschamps, beberapa nama besar seperti Antonio Conte, Eddie Howe dan Julian Nagelsmann turut dikaitkan dengan jawatan berkenaan, namun pihak pengurusan United dilaporkan masih belum mencapai kata sepakat mengenai pilihan terbaik.

United juga dikatakan belum mengemukakan tawaran rasmi kepada Conte, manakala Howe sudah melakukan penelitian awal berhubung kemungkinan menerima tawaran daripada kelab itu.

Pengarah perekrutan United, Christopher Vivell pula dilaporkan menjadi antara individu yang mencadangkan Nagelsmann berdasarkan hubungan kerja mereka sebelum ini dalam kumpulan Red Bull.

Sementara itu, peluang mendapatkan khidmat Fabian Hurzeler dan Unai Emery dilihat semakin sukar berikutan kos pampasan tinggi yang perlu ditanggung United sekiranya mahu membawa keluar kedua-dua pengendali itu daripada Brighton dan Aston Villa.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok