• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Haaland muncul wira, City tewaskan Leipzig 3-2
05 November 2026 | 11:54 AM

Haaland muncul wira, City tewaskan Leipzig 3-2

LEIPZIG - Jaringan Erling Haaland pada minit ke-78 memastikan Manchester City kembali ke landasan kemenangan apabila menundukkan RB Leipzig 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Kemenangan di Jerman itu cukup bermakna buat skuad kendalian Enzo Maresca yang sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

City bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum membawa pulang tiga mata apabila Leipzig dua kali bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ridle Baku dan Antonio Nusa.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi gol sendiri Castello Lukeba sebelum Enzo Fernandez menggandakan kelebihan dengan tandukan hasil hantaran lintang Iliman Ndiaye.

Leipzig kemudian merapatkan jurang menerusi rembatan rendah Baku selepas penjaga gol City, Gianluigi Donnarumma, berada di luar posisi sebelum Nusa kembali mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-75.

Ketika perlawanan seakan-akan menuju keputusan seri, Haaland membuktikan ketajamannya di hadapan gawang apabila menyudahkan hantaran lintang tepat Elliot Anderson untuk menghasilkan gol kemenangan City.

Penyerang Norway itu terus mengekalkan rekod cemerlang menentang Leipzig apabila kini sudah meledak 13 gol dalam sembilan pertemuan menentang kelab Jerman berkenaan.

Haaland yang diberikan lilitan kapten buat kali pertama musim ini berkata, fokus dan kesabaran menjadi kunci kejayaannya mencari ruang untuk menghasilkan jaringan.

"Saya fikir perkara paling mudah ialah kekal fokus sepenuhnya sepanjang kira-kira 100 minit perlawanan.

"Dalam tempoh itu, saya hanya menunggu peluang yang tepat, melakukan larian dengan cara yang betul dan menyudahkan peluang ke dalam gawang. Itulah yang saya lakukan," katanya.

Maresca turut memuji sumbangan penyerang berusia itu yang disifatkan mampu menjadi pembeza pada bila-bila masa menerusi ketajamannya di hadapan gawang.

"Penting untuk dia berada pada tahap terbaik. Kami tahu pada bila-bila masa dia mampu membantu pasukan dan menjaringkan gol," katanya.

Pengendali itu turut mempertahankan Donnarumma yang menerima kritikan susulan kedudukannya ketika Baku meledak gol penyamaan, sambil menegaskan kesilapan tersebut bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan.

Sementara itu, Nusa menjadi antara pemain Leipzig yang mencuri perhatian apabila terus mempamerkan prestasi positif dengan mengumpul enam gol dan tujuh bantuan jaringan dalam 14 penampilan musim ini.

Bagaimanapun, pemain Norway itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila Leipzig gagal memperoleh sebarang mata meskipun memberikan saingan sengit kepada juara Eropah itu.

"Sejujurnya, memang mengecewakan. Saya rasa kami layak mendapat lebih daripada perlawanan ini, tetapi akhirnya pulang tanpa sebarang mata," katanya kepada TNT Sports.

Keputusan itu menyaksikan City berjaya mengatasi cabaran Leipzig yang sebelum perlawanan memiliki rekod lima kemenangan berturut-turut di laman sendiri tanpa bolos, selain menghasilkan 19 gol.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok