• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

PSG Benam Villarreal 6-0, Cipta Rekod Baharu Liga Juara-Juara
04 November 2026 | 10:45 AM

PSG Benam Villarreal 6-0, Cipta Rekod Baharu Liga Juara-Juara

VILLARREAL - Paris Saint-Germain (PSG) terus membuktikan keunggulan selaku juara bertahan Liga Juara-Juara apabila membelasah Villarreal 6-0 dalam aksi di Estadio de la Ceramica, awal pagi tadi.

Lebih mengagumkan, skuad kendalian Luis Enrique itu mencipta rekod baharu apabila meledak empat gol dalam tempoh hanya 17 minit pertama, sekali gus menjadi pasukan terpantas mencapai rekod berkenaan dalam sejarah pertandingan elit Eropah itu.

Joao Neves, Desire Doue, Senny Mayulu dan Fabian Ruiz menjadi watak utama di sebalik pesta gol PSG yang mempamerkan dominasi luar biasa meskipun kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan.

Ruiz kemudian menambah jaringan peribadinya pada awal babak kedua sebelum pemain muda, David Boly melengkapkan kemenangan bergaya pelawat.

Keputusan itu menyaksikan PSG mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Eropah musim ini dengan mengutip 12 mata daripada empat perlawanan, sekali gus muncul satu-satunya pasukan yang memenangi kesemua aksi setakat ini.

Malah, kemenangan itu turut melanjutkan rentak cemerlang PSG kepada 10 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, dengan jentera serangan mereka sudah menghasilkan 20 gol dalam empat perlawanan Liga Juara-Juara.

PSG yang mengintai kejuaraan Eropah ketiga berturut-turut bagaimanapun terpaksa mengharungi kempen musim ini tanpa beberapa pemain penting, termasuk Khvicha Kvaratskhelia yang dijangka terlepas baki musim akibat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL).

Ousmane Dembele, Marquinhos dan Nuno Mendes turut belum dapat diturunkan, namun ketiadaan mereka langsung tidak menjejaskan rentak permainan juara Perancis itu.

Neves membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi penyudah jarak dekat sebelum Doue mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan tuan rumah untuk menggandakan kelebihan.

Mayulu kemudian menjadikan kedudukan 3-0 ketika Villarreal bergelut mengekang tekanan tinggi PSG, sebelum Ruiz melengkapkan empat jaringan pantas pasukan pelawat.

Ruiz sekali lagi mencuri tumpuan sejurus babak kedua bermula apabila menyudahkan hantaran jauh untuk gol kelima PSG.

Boly yang dimasukkan bagi menggantikan Achraf Hakimi turut mencipta detik istimewa apabila menjaringkan gol keenam, sekali gus mencatat jaringan sulung di peringkat senior pada penampilan sulungnya dalam Liga Juara-Juara.

Sebaliknya, kekalahan itu menjadi tamparan hebat buat Villarreal yang kini tewas tiga daripada empat perlawanan Eropah musim ini.

Lebih mengecewakan, keputusan berkenaan turut menjadi kekalahan terbesar di laman sendiri pernah dialami kelab Sepanyol dalam sejarah Liga Juara-Juara.

PSG kini semakin mengukuhkan reputasi sebagai antara pencabar utama kejuaraan musim ini, dengan aksi menentang Roma dan Aston Villa menanti mereka dalam baki saingan Eropah menjelang penghujung tahun ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok