• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Everton Benam Newcastle 1-0, Tekanan Terhadap Jaissle Semakin Memuncak
03 November 2026 | 10:41 AM

Everton Benam Newcastle 1-0, Tekanan Terhadap Jaissle Semakin Memuncak

NEWCASTLE - Everton menambah derita Newcastle United apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 di St James' Park, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pengendali tuan rumah, Matthias Jaissle, dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Gol tunggal Thierno Barry empat minit selepas babak kedua bermula sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata penuh buat Everton, sekali gus melonjakkan mereka ke tangga ketujuh liga.

Sebaliknya, Newcastle terus bergelut apabila kekalahan itu menyaksikan mereka kekal di kedudukan ke-13 selepas mencatat empat kekalahan daripada lima perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Keadaan semakin memburuk apabila penyokong tuan rumah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mengejek Jaissle dan pemain ketika mereka menuju ke bilik persalinan pada separuh masa pertama serta selepas wisel penamat.

Jaissle yang dilantik pada penghujung musim lalu bagi menggantikan Eddie Howe masih gagal memberikan impak di Tyneside, sekali gus berdepan tekanan hebat menjelang aksi menentang Fulham, Sabtu ini.

Bekas pengendali Red Bull Salzburg dan Al-Ahli itu kini hanya mampu menyaksikan pasukannya mencatat dua kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir.

Malam suram Newcastle turut disempurnakan dengan kad merah yang dilayangkan kepada Jacob Ramsey pada penghujung perlawanan selepas pemain tengah itu menerima dua kad kuning dalam tempoh kira-kira seminit kerana mengasari Harrison Armstrong.

Sementara itu, kemenangan berkenaan menyaksikan Everton menamatkan rentetan dua kekalahan liga berturut-turut selepas tewas kepada Arsenal dan Chelsea.

Lebih manis, ia merupakan kemenangan kedua Everton ke atas Newcastle dalam tempoh lima hari selepas mereka turut menewaskan lawan sama 3-1 pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris, Khamis lalu.

Gol kemenangan Everton hadir menerusi situasi yang bermula daripada kelemahan benteng pertahanan Newcastle.

Tyrique George terlebih dahulu melepaskan rembatan yang berjaya ditepis penjaga gol, Lukas Hornicek, namun bola muntah itu terus menuju ke arah Barry yang tidak berdepan masalah menyudahkan peluang berkenaan.

Jaringan kelapan Barry musim ini, termasuk empat dalam enam penampilan terakhir, bagaimanapun terpaksa menunggu selepas melalui semakan panjang Video Bantuan Pengadil (VAR) berhubung kemungkinan ofsaid sebelum disahkan.

Newcastle bagaimanapun tidak berpuas hati dengan keputusan VAR yang membenarkan jaringan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Jack Grealish sekali lagi tidak disenaraikan dalam skuad Everton selepas digugurkan susulan isu disiplin kelab menjelang pertemuan kedua-dua pasukan minggu lalu.

Namun, ketiadaan pemain pinjaman Manchester City itu tidak menjejaskan misi Everton untuk membawa pulang tiga mata berharga dari St James' Park.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok