• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kimi Antonelli Muncul Juara Dunia F1 Termuda Selepas Menduduki Tempat Ketiga Di Mexico
02 November 2026 | 06:19 PM

Kimi Antonelli Muncul Juara Dunia F1 Termuda Selepas Menduduki Tempat Ketiga Di Mexico

ISTANBUL, 2 Nov - Pemandu Mercedes, Kimi Antonelli, mencipta sejarah apabila muncul juara dunia Formula Satu (F1) termuda pada Ahad, sekali gus mengesahkan kejuaraan dunia pemandu 2026 selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada Grand Prix Mexico City, menurut Anadolu Ajansi.

Pemandu berusia 20 tahun dari Itali itu, yang menggantikan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, di Mercedes pada 2025, meraih kejuaraan dunia sulungnya hanya dalam musim kedua menyertai F1, dengan baki empat pusingan perlumbaan.

Antonelli memecahkan rekod Sebastian Vettel sebagai juara dunia F1 termuda dan menjadi pemandu Itali pertama memenangi gelaran dunia kategori pemandu sejak Alberto Ascari pada 1953.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen, menjuarai perlumbaan sebanyak 71 pusingan di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, manakala Hamilton dari Ferrari menamatkan saingan di tempat kedua, diikuti Antonelli.

Antonelli memasuki perlumbaan itu dengan kelebihan mata yang selesa dalam kedudukan kejuaraan dunia dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya kedudukan kesembilan untuk mengesahkan gelaran tanpa mengira keputusan pencabarnya.

Memulakan perlumbaan dari petak keempat, pemandu Itali itu berjaya mengekalkan kedudukannya selepas pusingan pembukaan yang penuh kekecohan apabila Charles Leclerc dari Ferrari merampas kedudukan pendahulu susulan pertarungan di luar litar dengan rakan sepasukannya, Hamilton.

Antonelli sempat mendahului perlumbaan ketika kelompok hadapan memasuki lorong hentian pit. Beliau melanjutkan penggunaan tayar awalnya sehingga pusingan ke-44 sebelum menukar tayar lembut kepada tayar sederhana.

Pemandu Mercedes itu kembali ke litar di kedudukan keempat sebelum kemalangan membabitkan Valtteri Bottas dari Cadillac menyebabkan kereta keselamatan dikeluarkan, diikuti pengibaran bendera merah.

Selepas perlumbaan disambung semula pada pusingan ke-47, Hamilton memintas Leclerc, manakala Antonelli berjaya mempertahankan kedudukannya daripada asakan Lando Norris.

Pada pusingan ke-48, Antonelli melakukan gerakan memintas yang penting terhadap Leclerc di Selekoh 1 untuk merampas kedudukan ketiga, sekali gus meletakkan dirinya di landasan untuk merangkul kejuaraan dunia.

Antonelli terus mengekalkan kedudukannya ketika kereta keselamatan sekali lagi dikeluarkan susulan kemalangan Arvid Lindblad pada pusingan ke-59, sekali gus memastikan peluangnya untuk menjulang gelaran kekal cerah.

Ketika Verstappen dan Hamilton bersaing sengit di hadapan, Antonelli mengawal rentak perlumbaannya pada pusingan terakhir sebelum melintasi garisan penamat di tempat ketiga untuk dinobatkan sebagai juara dunia F1 2026.

"Kami berjaya! Saya tidak mungkin berada di sini tanpa Mercedes dan keluarga saya. Saya benar-benar kelu dan masih cuba memahami apa yang baru sahaja berlaku," kata Antonelli selepas perlumbaan.

"Ini merupakan musim yang luar biasa dan dapat berkongsi podium dengan Max serta Lewis adalah sesuatu yang menakjubkan. Saya menantikan lebih banyak persaingan bersama mereka pada masa hadapan.

"Sepanjang hujung minggu ini, saya berasa sedikit lebih tertekan. Saya sangat gembira kerana akhirnya berjaya mencapai matlamat ini," katanya.

Verstappen menamatkan perlumbaan 0.799 saat di hadapan Hamilton untuk meraih kemenangan, manakala Antonelli yang baharu dinobatkan sebagai juara dunia melengkapkan podium dengan catatan 4.006 saat di belakang pemenang.

Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat keempat, diikuti Lando Norris, George Russell, Oscar Piastri, Franco Colapinto, Liam Lawson dan Pierre Gasly.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok