• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Como Dedikasi Kemenangan Bersejarah Ke Atas Man Utd Kepada Penyokong
22 October 2026 | 09:24 AM

Como Dedikasi Kemenangan Bersejarah Ke Atas Man Utd Kepada Penyokong

COMO - Jurulatih Como, Cesc Fabregas dan penyerang muda sensasi, Nico Paz mendedikasikan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Manchester United dalam aksi Liga Juara-Juara kepada penyokong setia kelab yang terus berdiri teguh bersama pasukan itu ketika mengharungi pelbagai cabaran sejak beberapa tahun lalu.

Kemenangan di Stadio Giuseppe Sinigaglia yang berkapasiti 10,000 penonton itu cukup bermakna buat Como apabila mereka berjaya menundukkan kelab gergasi England, Manchester United, dalam penampilan sulung di pentas elit bola sepak Eropah berkenaan.

Fabregas berharap kejayaan itu dapat menyuntik semangat serta meningkatkan kebanggaan penduduk tempatan terhadap kelab yang berpangkalan di bandar Como itu.

“Kami tahu sejarah kelab ini dan betapa banyak kesukaran yang dilalui sejak bertahun-tahun lalu. Saya berharap esok semua kanak-kanak lelaki dan perempuan ke sekolah dengan memakai jersi Como dan berasa bangga,” katanya.

Paz muncul antara watak utama kemenangan itu apabila meledak dua gol selain membantu Anastasios Douvikas mencetak gol kedua Como. Persembahan cemerlang pemain tengah berusia muda itu turut menyaksikan beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Bekas pemain Real Madrid itu, yang sering dikaitkan dengan masa depan jersi nombor 10 Argentina, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai antara detik paling bermakna dalam kariernya.

“Ini antara malam paling indah dalam karier saya. Saya masih muda, tetapi saya tidak akan melupakannya.

“Saya pernah bermimpi untuk beraksi dalam perlawanan seperti ini, tetapi malam ini kami melangkaui impian itu. Ini malam bersejarah buat penyokong Como,” katanya.

Sementara itu, Fabregas memuji disiplin taktikal serta intensiti tekanan yang ditampilkan anak buahnya, sambil menyifatkan kemenangan tersebut sebagai gambaran jelas identiti permainan yang sedang dibangunkan di kelab itu.

“Saya sangat gembira melihat pemain melaksanakan segala yang kami rancang, bukan sahaja dari segi kualiti permainan yang tinggi, malah tekanan berterusan sehingga minit ke-85.

“Kami sedang membina budaya, corak permainan dan identiti di kelab ini. Malam ini satu lagi bukti jelas usaha itu,” kata bekas pemain Arsenal, Barcelona dan Chelsea itu.

Fabregas turut mengakui kemenangan ke atas United membangkitkan perasaan bangga, namun pengalaman menyaksikan kejayaan itu dari bangku kejurulatihan berbeza berbanding ketika beliau masih bergelar pemain.

Beliau berkata, pemain perlu menikmati setiap perlawanan, terus berjuang dan memanfaatkan peluang untuk membina karier terbaik kerana tempoh sebagai pemain profesional berlalu dengan pantas.

“Saya tidak boleh menafikan bahawa saya berasa bangga selepas menewaskan United.

“Mereka membuatkan saya menikmati perlawanan malam ini, bukan semata-mata kerana kemenangan atau keputusan, tetapi kerana mereka bermain mengikut cara yang saya mahukan penuh keyakinan, berkualiti, tenang, agresif dan menekan lawan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Como melonjak ke tangga kesembilan carta Liga Juara-Juara selepas meraih dua kemenangan daripada tiga perlawanan dalam kempen sulung mereka di kejohanan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok