• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

PSG Tundukkan Barcelona 4-2, Rampas Takhta Liga Juara-Juara
21 October 2026 | 09:33 AM

PSG Tundukkan Barcelona 4-2, Rampas Takhta Liga Juara-Juara

PARIS - Paris Saint-Germain (PSG) membuktikan keunggulan selaku juara Eropah apabila menewaskan Barcelona 4-2 dalam aksi mendebarkan Liga Juara-Juara di Parc des Princes, awal pagi tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja menamatkan rekod tanpa kalah Barcelona dalam semua pertandingan musim ini, malah membolehkan PSG menduduki tangga teratas carta Liga Juara-Juara dengan sembilan mata, mengatasi Liverpool menerusi kelebihan perbezaan gol.

PSG membuka tirai jaringan menerusi Desire Doue selepas memanfaatkan kehilangan bola oleh Lamine Yamal di kawasan sendiri.

Bagaimanapun, Barcelona bangkit menyamakan kedudukan menerusi Xavi Espart pada minit ke-55 sebelum Lucas Hernandez kembali meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi tandukan hasil sepakan sudut pada minit ke-72.

Yamal sekali lagi menceriakan kem pelawat apabila meledak gol penyamaan menerusi penyudah menarik tujuh minit kemudian.

Namun, PSG tidak menunggu lama untuk memberikan respons apabila Vitinha menjaringkan gol hanya 109 saat selepas jaringan Yamal, sekali gus mengembalikan kelebihan kepada tuan rumah.

Fabian Ruiz kemudian melengkapkan kemenangan PSG apabila menyudahkan hantaran Achraf Hakimi pada penghujung perlawanan.

Perlawanan berintensiti tinggi itu turut menyaksikan beberapa pemain terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, termasuk Ousmane Dembele, Khvicha Kvaratskhelia dan Marquinhos dari kem PSG, manakala Barcelona kehilangan khidmat Dani Olmo.

Barcelona yang hadir ke Paris dengan rekod cemerlang musim ini gagal menandingi ketajaman penyudah PSG, terutama ketika tuan rumah memanfaatkan peluang di hadapan gawang.

Keputusan itu mengukuhkan kedudukan PSG dalam persaingan Liga Juara-Juara, manakala Barcelona perlu segera bangkit selepas mengalami kekalahan pertama mereka musim ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok