• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Digantung 30 Hari, Didenda RM1,165 Selepas Tinggalkan Kem Portugal
20 October 2026 | 09:56 AM

Ronaldo Digantung 30 Hari, Didenda RM1,165 Selepas Tinggalkan Kem Portugal

LISBON - Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, dikenakan penggantungan selama 30 hari dan denda €255 (RM1,165) selepas meninggalkan kem latihan skuad kebangsaan tanpa kebenaran, menurut Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF).

Pemain berusia 41 tahun itu meninggalkan kem Portugal pada 30 September ketika saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Norway pada 27 September.

Ronaldo kemudian mendakwa jurulatih, Jorge Jesus, mungkir janji untuk memberikannya peluang beraksi sebelum dimaklumkan bahawa dia tidak akan berada dalam kesebelasan utama bagi perlawanan menentang Denmark pada 1 Oktober.

Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu memohon maaf kepada penyokong pada awal Oktober serta menyatakan kesediaannya menerima sebarang hukuman yang dikenakan.

Jawatankuasa disiplin FPF memutuskan untuk mengenakan hukuman minimum mengikut peraturan badan itu, yang menetapkan penggantungan antara satu hingga enam bulan bagi pemain yang meninggalkan skuad kebangsaan.

Menurut jawatankuasa berkenaan, keputusan itu turut mengambil kira rasa kesal yang ditunjukkan Ronaldo menerusi kenyataannya pada 6 Oktober, apabila dia mengakui kesilapan dan bersedia menerima hukuman.

Penggantungan itu berkuat kuasa pada tarikh perlawanan menentang Denmark. Ini bermakna Ronaldo sudah menjalani 19 hari daripada tempoh penggantungan berkenaan dan dijangka melengkapkan baki hukuman menjelang akhir Oktober.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal serta pemegang rekod penampilan antarabangsa dalam bola sepak lelaki.

Bagaimanapun, Portugal tetap mencatat kemenangan dalam keempat-empat perlawanan Liga Negara-Negara tanpa kelibat Ronaldo, sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan berbaki dua perlawanan.

Portugal dijadual menentang Denmark pada 14 November sebelum berkunjung ke Wales pada 17 November bagi melengkapkan aksi Kumpulan A4 Liga Negara-Negara.

Ronaldo dijangka sudah selesai menjalani penggantungan ketika kedua-dua perlawanan itu berlangsung.

Dalam hantaran media sosial selepas meninggalkan kem Portugal, Ronaldo turut menegaskan bahawa dia tidak akan bersara daripada tugas antarabangsa meskipun berlaku pertikaian berhubung peluang beraksi dalam skuad kebangsaan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok