• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Como Anggap Pertemuan Dengan Manchester United Sebagai Mimpi Jadi Kenyataan
20 October 2026 | 09:43 AM

Como Anggap Pertemuan Dengan Manchester United Sebagai Mimpi Jadi Kenyataan

COMO - Jurulatih Como, Cesc Fabregas menyifatkan pertemuan menentang Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara sebagai detik bersejarah dan mimpi yang menjadi kenyataan buat kelab itu.

Bekas pemain Arsenal dan Barcelona itu berkata, peluang menerima kunjungan gergasi bola sepak England berkenaan sukar dibayangkan ketika Como masih bersaing dalam Serie B, tiga tahun lalu.

“Tiga tahun lalu, ketika kami di Serie B, sukar dibayangkan Manchester United akan datang ke Stadium Sinigaglia. Namun, itulah yang akan berlaku Rabu ini.

“Bagi kami, ini mimpi menjadi kenyataan dan kami akan merebut peluang yang ada,” katanya selepas membimbing Como menewaskan Fiorentina 3-1 dalam aksi Serie A, Ahad lalu.

Kemenangan itu menyaksikan Como kekal di tangga kelima liga, sekali gus meneruskan perkembangan positif kelab berkenaan sejak kembali ke saingan tertinggi bola sepak Itali.

Berusia 119 tahun, Como belum pernah beraksi dalam kejohanan Eropah. Kelab itu juga pernah dua kali diisytiharkan muflis dalam tempoh dua dekad lalu sebelum bangkit daripada Serie D pada 2019 untuk kembali ke Serie A pada Mei 2024.

Fabregas mengakui saingan Liga Juara-Juara memberikan pengalaman baharu kepada pasukannya, namun menegaskan Serie A tetap menjadi keutamaan.

“Perlawanan hebat seperti ini memang menggembirakan, tetapi kami tidak boleh melupakan bahawa Serie A adalah perkara paling penting.

“Kami kelab yang bermula semula dari bawah tiga tahun lalu, jadi kami perlu berhati-hati menguruskan pelbagai situasi,” katanya.

Como memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Leipzig sebelum tewas 2-3 kepada Feyenoord minggu lalu.

Fabregas sebelum ini mengakui Como berjaya menembusi pentas Liga Juara-Juara kira-kira lima tahun lebih awal daripada perancangan asal kelab itu.

“Liga Juara-Juara adalah hadiah luar biasa selepas musim lalu yang menakjubkan. Ini pertandingan paling sukar, malah lebih tinggi tahapnya berbanding Piala Dunia atau Kejohanan Eropah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok