KUCHING, 19 Okt - Projek menaik taraf Jalan Stutong Link dan Bulatan Stutong bernilai RM88.99 juta bakal dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan trafik serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.
Majlis penyerahan tapak projek itu disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Projek yang dijadualkan bermula pada 20 Oktober 2026 dan mengambil masa selama 24 bulan itu merangkumi beberapa komponen utama, termasuk pelebaran jalan berkembar sepanjang 3.311 kilometer.
Selain itu, Bulatan Stutong akan dinaik taraf kepada persimpangan berlampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik, manakala sebuah jambatan baharu sepanjang 90 meter akan dibina merentasi Sungai Stutong.
Pelaksanaan projek berkenaan dijangka meningkatkan kecekapan perhubungan jalan raya di kawasan itu, di samping memberikan kemudahan dan keselamatan yang lebih baik kepada pengguna.
Projek itu dijadualkan siap pada 2028.
Sumber: JKR Sarawak
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back