• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Carrick Anggap Keputusan Seri Dengan Leeds Sebagai Permulaan Baharu United
19 October 2026 | 09:39 AM

Carrick Anggap Keputusan Seri Dengan Leeds Sebagai Permulaan Baharu United

LONDON - Pengurus Manchester United, Michael Carrick menyifatkan keputusan seri 1-1 menentang Leeds United sebagai permulaan baharu buat pasukannya, meskipun kemarau kemenangan kelab itu berterusan.

United gagal meraih kemenangan apabila jaringan penyamaan penyerang Leeds, Dominic Calvert-Lewin pada babak kedua memadam kelebihan yang diperoleh menerusi gol pembukaan Bryan Mbeumo dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan United kini gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Carrick yang terus berdepan kritikan susulan prestasi hambar pasukannya.

Bagaimanapun, Carrick melihat perkembangan positif dalam persembahan anak buahnya, lima hari selepas kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara.

Kekalahan itu turut mencetuskan kritikan Lisandro Martinez terhadap pengurusan kelab berhubung kekurangan pelaburan dalam jendela perpindahan musim panas.

Carrick mengakui United masih belum mencapai tahap yang diharapkan, namun percaya pendekatan yang betul dan semangat berpasukan mampu membantu mereka bangkit daripada kemerosotan prestasi.

"Kami tidak mahu terlalu terbawa-bawa kerana kami tidak memenangi perlawanan ini. Namun, saya fikir jika kita terus melakukan perkara yang betul atas sebab yang tepat, akhirnya kita akan mendapat hasil yang sewajarnya.

"Sejujurnya, hari ini terasa seperti permulaan baharu dari segi menerima keadaan semasa dan berusaha mengubahnya," katanya.

Beliau turut memuji komitmen pemain yang disifatkan menunjukkan kesungguhan untuk bangkit serta saling membantu demi kepentingan pasukan.

"Jelas sekali pemain begitu bersemangat untuk melakukan yang terbaik antara satu sama lain dan mereka menghargai peluang mewakili kelab ini. Saya dapat melihat kesungguhan sebenar dalam kalangan pemain sejak beberapa hari lalu," katanya.

United kini dijadual bertandang ke Como pada awal pagi Khamis ini dalam usaha memburu kemenangan pertama sejak aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Sabah bulan lalu, sebelum menerima kunjungan Bournemouth dalam saingan EPL.

Kelab itu kini berada di tangga ke-13 liga, dengan rekod kemenangan paling rendah pada tahap ini dalam kempen liga utama sejak musim 1986-87.

Mengulas kedudukan semasa pasukannya, Carrick berkata beliau menyedari situasi United masih jauh daripada memuaskan, namun tetap yakin mereka mampu memperbaiki prestasi.

"Kami tidak menganggap semuanya sudah baik. Saya realistik mengenai situasi ini.

"Ada kalanya kita bergelut dan perlu mencari jalan untuk mengatasinya.

"Saya faham keadaan ini kelihatan tidak begitu baik jika dilihat dari sudut tertentu, tetapi saya tidak meragui kemampuan kami untuk mencatat rentetan keputusan yang positif," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok