• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Haaland Intai Dua Rekod UCL Menjelang Aksi Menentang PSG
13 October 2026 | 10:58 AM

Haaland Intai Dua Rekod UCL Menjelang Aksi Menentang PSG

MANCHESTER - Penyerang Manchester City, Erling Haaland berpeluang mencipta sejarah dengan memecahkan dua rekod jaringan Liga Juara-Juara (UCL) apabila pasukannya menerima kunjungan juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG), di Stadium Etihad, Khamis ini.

Penyerang sensasi Norway itu berada dalam prestasi terbaik pada awal musim ini apabila meledak lapan gol dalam lapan penampilan bagi semua kejohanan, selepas menamatkan musim 2025-26 dengan 38 jaringan.

Ketajamannya di depan gawang turut menyaksikan Haaland muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas enam perlawanan, dengan gol keenam musim ini hadir ketika City membenam Liverpool 3-0 di Anfield, Ahad lalu.

Haaland turut memulakan kempen UCL dengan cemerlang apabila meledak dua gol ketika membantu City menewaskan Porto 2-0 di Portugal pada awal September.

Dua jaringan itu membolehkannya memintas Tommy Johnson untuk muncul penjaring gol ketiga terbanyak dalam sejarah Manchester City.

Pada usia 26 tahun, Haaland sudah mengumpul 170 gol dalam 206 penampilan bersama City sejak menyertai kelab itu pada 2022. Dia kini hanya memerlukan tujuh gol lagi untuk menyamai rekod Eric Brook yang meledak 177 gol, manakala Sergio Aguero kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu dengan 260 gol.

Dalam saingan UCL pula, Haaland sudah meledak 59 gol dalam 59 penampilan, termasuk 36 jaringan bersama City.

Justeru, satu gol ketika menentang PSG sudah cukup untuk membolehkannya menyamai rekod Aguero sebagai penjaring terbanyak City dalam sejarah UCL.

Selain itu, Haaland turut berpeluang memintas rekod jaringan terbanyak dalam 60 penampilan pertama UCL yang kini dipegang bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid, Ruud van Nistelrooy, dengan 48 gol.

Haaland juga menghampiri rekod keseluruhan 60 gol Van Nistelrooy dalam kejohanan berkenaan. Satu jaringan menentang PSG akan menyaksikannya menyamai jumlah itu, manakala dua gol atau lebih berpotensi melonjakkan namanya ke tangga ketujuh senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman UCL.

Walaupun City tewas dalam dua daripada tiga pertemuan terakhir menentang PSG di UCL, Haaland tetap berjaya meledak tiga gol dalam aksi berkenaan, termasuk satu jaringan ketika pasukannya tewas 2-4 pada Januari 2025.

Kelebihan beraksi di laman sendiri juga dijangka menjadi faktor penting buat penyerang Norway itu. Stadium Etihad menyaksikan 37 daripada keseluruhan 59 gol Haaland dalam UCL dihasilkan, sekali gus memberikan peluang terbaik untuknya menambah koleksi jaringan dan mencipta rekod baharu.

Perhatian kini terarah kepada Haaland sama ada dia mampu memanfaatkan pertembungan berprofil tinggi itu untuk mengukuhkan statusnya sebagai antara penyerang paling prolifik dalam sejarah UCL.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok