• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Bantu Al-Nassr Menang 3-1 Selepas Perlawanan Tertangguh Akibat Amaran Keselamatan
13 October 2026 | 10:49 AM

Ronaldo Bantu Al-Nassr Menang 3-1 Selepas Perlawanan Tertangguh Akibat Amaran Keselamatan

RIYADH - Cristiano Ronaldo meneruskan prestasi cemerlang apabila membantu Al-Nassr menewaskan wakil Uzbekistan, Neftchi, 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), meskipun perlawanan itu tertangguh kira-kira sejam susulan amaran keselamatan, awal pagi tadi.

Sepak mula di Riyadh terpaksa ditangguhkan selepas pihak Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran keselamatan kira-kira 15 minit sebelum perlawanan dijadualkan bermula.

Amaran itu dikeluarkan ketika Arab Saudi berdepan ancaman peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan Houthi berpangkalan di Yaman sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Bagaimanapun, situasi berkenaan tidak menjejaskan tumpuan Al-Nassr apabila Angelo membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi rembatan yang terkena pemain lawan sebelum bola menerjah gawang.

Ronaldo kemudian menggandakan kelebihan pasukannya sembilan minit kemudian menerusi penyudah menarik untuk meletakkan Al-Nassr di hadapan 2-0.

Penyerang Portugal berusia 41 tahun itu menyempurnakan gerakan yang dimulakan Sadio Mane menerusi hantaran lambung dari sebelah kiri, sebelum Aiman Yahya melorongkan bola ke arahnya menggunakan dada.

Ronaldo tidak mensia-siakan peluang apabila melepaskan rembatan tepat ke penjuru bawah gawang.

Neftchi merapatkan jurang menerusi Alisher Odilov enam minit selepas babak kedua bermula, sekali gus menghidupkan harapan pasukan itu untuk kembali bersaing.

Namun, peluang mereka semakin tipis selepas Ikromjon Alibaev dilayangkan kad merah pada minit ke-65 kerana mengasari Mohamed Simakan.

Al-Nassr akhirnya mengesahkan kemenangan apabila Anvarjon Gofurov tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-78, memastikan pasukan tuan rumah meraih kemenangan 3-1.

Dalam satu lagi aksi, juara bertahan Al-Ahli turut mencatat kemenangan pertama dalam kempen baharu ACLE selepas menewaskan wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Wasl, dengan keputusan 3-1.

Roger Ibanez membuka jaringan buat Al-Ahli menerusi tandukan pada minit ke-20 sebelum Pedro Malheiro menyamakan kedudukan untuk Al-Wasl pada minit ketiga masa kecederaan babak pertama.

Al-Ahli kembali menguasai permainan menerusi jaringan Trincao pada minit ke-58, manakala Feras Al-Brikan melengkapkan kemenangan menerusi gol pada minit ke-91.

Trincao berkata pasukannya menunjukkan peningkatan pada babak kedua selepas mencipta beberapa peluang sepanjang separuh masa pertama.

“Kami turut mencipta peluang pada babak pertama, tetapi berjaya menjaringkan gol pada babak kedua dan saya fikir itulah perbezaannya.

“Dari segi fizikal, kami sedikit lebih baik dan itu menjadi kunci untuk mengubah permainan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok