• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Fasa Peralihan Monsun bermula 9 Oktober, hujan lebat dan ribut petir dijangka
07 October 2026 | 10:33 AM

Fasa Peralihan Monsun bermula 9 Oktober, hujan lebat dan ribut petir dijangka

KUALA LUMPUR - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 9 Oktober ini dan berterusan sehingga penghujung Oktober 2026, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sepanjang tempoh berkenaan, negara dijangka mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

Menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan hujan lebat berserta angin kencang, khususnya pada waktu petang dan awal malam.

“Fenomena ini berpotensi menyebabkan kejadian seperti banjir kilat, kepala air dan pokok tumbang, terutama di kawasan barat serta pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, berakhirnya Monsun Barat Daya turut dijangka menyaksikan keadaan jerebu rentas sempadan beransur-ansur berkurangan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta amaran cuaca terkini yang dikeluarkan METMalaysia.

Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh menerusi aplikasi myCuaca atau laman rasmi METMalaysia.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok