• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Bongkar Konflik Dengan Jorge Jesus, Dakwa Janji Dimungkiri
07 October 2026 | 10:19 AM

Ronaldo Bongkar Konflik Dengan Jorge Jesus, Dakwa Janji Dimungkiri

BARCELONA - Cristiano Ronaldo mendakwa ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus, telah memungkiri janji berkaitan peluang masa permainan dalam kempen Liga Negara-Negara, namun menegaskan beliau masih bersedia untuk terus beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Dalam kenyataan hampir 2,000 perkataan, penyerang berusia 41 tahun itu turut memohon maaf kepada rakan sepasukan dan penyokong Portugal kerana meninggalkan kem negara serta mengakui bersedia menerima sebarang hukuman susulan tindakannya.

"Saya akan sentiasa bersedia, seperti yang saya lakukan sehingga hari ini, untuk beraksi dan menang bersama pasukan kebangsaan," katanya.

Ronaldo tidak diturunkan ketika Portugal menentang Norway dalam aksi Liga Negara-Negara. Menjelang perlawanan berikutnya menentang Denmark, Jesus kemudian memaklumkan bahawa Ronaldo tidak akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Situasi itu mendorong Ronaldo meninggalkan kem Portugal.

"Saya berhutang permohonan maaf kepada rakan sepasukan kerana meninggalkan kem. Walaupun kepercayaan saya terhadap kata-kata ketua jurulatih sudah runtuh sepenuhnya, saya tidak sepatutnya berbuat demikian. Tanggungjawab itu adalah milik saya seorang," katanya.

Menurut Ronaldo, Jesus pada awalnya mengemukakan pelan untuk jendela antarabangsa berkenaan, termasuk menurunkannya dalam perlawanan pembukaan dan penutup di laman sendiri.

Namun, beliau mendakwa rancangan itu tidak dilaksanakan ketika Portugal berdepan Norway dan Denmark.

Ronaldo berkata, beliau menolak cadangan untuk hanya beraksi dalam perlawanan tertentu kerana tidak mahu memberikan contoh kurang baik sebagai kapten, khususnya apabila rakan sepasukan perlu beraksi di tempat lawan.

Menjelang aksi menentang Norway, Ronaldo mendakwa Jesus kemudian bertanya sama ada beliau bersedia untuk bermain selama 30 minit, yang dipersetujui olehnya.

"Saya melakukan pemanasan badan sejak separuh masa, tetapi akhirnya tidak diturunkan.

"Ketua jurulatih gagal menunaikan janjinya kepada saya," katanya.

Ronaldo berkata, beliau kemudian berbincang dengan Jesus dan kedua-duanya bersetuju bahawa pengendali itu akan memohon maaf menerusi sidang media sebelum perlawanan menentang Denmark.

Bagaimanapun, Ronaldo mendakwa kenyataan Jesus dalam sidang media berkenaan tidak seperti yang dipersetujui, malah menyifatkan nada jurulatih itu sebagai agresif.

"Itu kali kedua dia gagal menunaikan janjinya. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan kem tanpa menunggu janji yang dimungkiri seterusnya," katanya.

Ronaldo bagaimanapun mengakui tindakannya meninggalkan kem wajar dikenakan hukuman dan bersedia menerima sebarang penggantungan yang diputuskan oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal.

"Saya bukan sekadar seorang pemain, saya adalah kapten pasukan dan itu menjadi faktor yang memburukkan keadaan," katanya.

Walaupun berlaku kontroversi antara Ronaldo dan Jesus, Portugal tetap mencatat keputusan positif apabila memenangi kesemua empat perlawanan Liga Negara-Negara setakat ini dan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir dengan baki dua perlawanan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok