• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Manchester City berdepan sambutan hangat di Anfield selepas kes pelanggaran peraturan kewangan
06 October 2026 | 11:10 AM

Manchester City berdepan sambutan hangat di Anfield selepas kes pelanggaran peraturan kewangan

LIVERPOOL - Manchester City dijangka berdepan suasana tegang apabila bertandang ke Anfield untuk menentang Liverpool Ahad ini, dalam perlawanan pertama mereka selepas didapati bersalah melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, sejauh mana keputusan berkenaan akan memberi kesan kepada prestasi pendahulu liga itu masih menjadi persoalan.

Perkembangan berhubung kes berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong, dengan ruang sembang penyokong kedua-dua kelab dipenuhi pandangan serta kecaman.

Kes membabitkan kontrak komersial yang didakwa sebagai "palsu" itu telah menghantui EPL sejak beberapa tahun lalu dan dijangka berlarutan selepas Manchester City mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Persoalan turut timbul mengenai kemungkinan isu berkenaan mencetuskan ketegangan dalam kalangan penyokong di Anfield, selain di stadium lain sepanjang musim ini.

Bekas kapten Manchester United dan pertahanan England, Gary Neville, menjangkakan Manchester City akan menerima sambutan yang cukup hangat daripada penyokong Liverpool.

"Jika mereka mahu memahami betapa marahnya dunia bola sepak, Anfield akan memberitahu mereka dengan cara yang tidak pernah mereka bayangkan," katanya menerusi podcast The Overlap baru-baru ini.

Neville turut menjangkakan kehadiran sepanduk serta laungan daripada penyokong Liverpool ketika perlawanan berlangsung.

Sementara itu, Polis Merseyside memaklumkan operasi kawalan keselamatan yang bersesuaian akan dilaksanakan pada hari perlawanan.

Menurut laporan media tempatan, pemain Manchester City juga sudah menjangkakan kecaman daripada penyokong lawan susulan perkembangan kes tersebut.

Bagaimanapun, keadaan berkenaan bukan sesuatu yang benar-benar baharu buat skuad kendalian Pep Guardiola, yang telah berdepan kritikan penyokong sejak Liga Perdana Inggeris memfailkan dakwaan terhadap kelab itu pada Februari 2023.

Manchester City kini masih belum tewas dalam saingan liga dan mendahului carta dengan kelebihan tiga mata ke atas Arsenal, manakala Brighton & Hove Albion berada di tempat ketiga dengan jurang lima mata.

City dijangka kekal di puncak liga menjelang aksi menentang Liverpool pada Ahad, walaupun Arsenal berdepan Leeds United pada Sabtu, berdasarkan kelebihan perbezaan gol semasa.

Bagi penyokong Liverpool pula, seorang penyumbang laman web lfcreds.com berpandangan cara terbaik untuk kelab itu menangani isu berkenaan adalah dengan menewaskan Manchester City di atas padang, sementara penyokong menyuarakan pandangan mereka dari tempat duduk penonton di Anfield.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok