• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Piala ASEAN FIFA: Malaysia Tewaskan Vietnam 1-0, Rangkul Tempat Ketiga
05 October 2026 | 08:34 PM

Piala ASEAN FIFA: Malaysia Tewaskan Vietnam 1-0, Rangkul Tempat Ketiga

JAKARTA, 5 Okt (Bernama) - Malaysia menamatkan penantian 12 tahun untuk menewaskan Vietnam selepas mencatat kemenangan 1-0 pada aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) di sini, hari ini.

Pemain gantian Fergus Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-62, sekali gus memastikan skuad kendalian ketua jurulatih sementara Tan Cheng Hoe menamatkan kempen di tempat ketiga.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Malaysia yang kali terakhir menewaskan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2014.

Pada perlawanan hari ini, Cheng Hoe melakukan tiga pertukaran dalam kesebelasan utama dengan merehatkan tonggak pertahanan Brad Tapp dan pemain sayap sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi, manakala kapten Dion Cools tidak dapat diturunkan selepas meninggalkan kem kebangsaan atas urusan keluarga yang mendesak.

Vietnam tampil lebih mengancam pada babak pertama dengan beberapa kali menguji benteng negara menerusi gerakan serangan dan hantaran lintang tinggi yang memaksa barisan pertahanan serta penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi bekerja keras.

Bagaimanapun, Malaysia hampir memecah kebuntuan pada minit ke-39 apabila penyerang naturalisasi Bergson da Silva melakukan gerakan menarik melepasi seorang pertahanan Vietnam, namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Patrik Le Giang.

Empat minit kemudian, skuad kendalian Kim Sang-sik membalas menerusi sepakan percuma jarak dekat Nguyen Hai Long, namun percubaannya mudah didakap Ahmad Syihan.

Pada masa kecederaan babak pertama, Ngo Dang Khoa mencuba nasib dari luar kotak penalti, tetapi rembatannya sekadar tersasar tipis di sebelah kanan gawang Malaysia.

Vietnam meneruskan tekanan selepas permainan bersambung apabila Williams Minh Hoang melepaskan rembatan rendah pada minit ke-57, namun bola sedikit tersasar di sebelah kiri gawang.

Dua minit kemudian, giliran Malaysia mengancam apabila Bergson berjaya melepasi perangkap ofsaid, tetapi rembatan kencangnya melebar di sebelah kanan pintu gol.

Tierney yang dibawa masuk menggantikan Bergson tidak mengambil masa lama untuk mencipta impak apabila menerima hantaran Manuel Hidalgo sebelum melakukan pusingan pantas dan melepaskan rembatan deras menewaskan Le Giang untuk meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-62.

Ahmad Syihan bersama benteng pertahanan negara kemudian berhempas pulas mempertahankan kelebihan itu, termasuk menafikan percubaan Le Pham Thanh Long pada penghujung permainan, sekali gus memastikan Malaysia menamatkan kejohanan tanpa bolos.

Kemenangan itu turut membolehkan Harimau Malaya menutup kempen dengan nota positif selepas terlepas tipis peluang mara ke final berdasarkan jumlah jaringan, biarpun berkongsi mata dan perbezaan gol dengan tuan rumah Indonesia dalam Kumpulan A Divisyen 1.

Malaysia pernah menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada Jun tahun lalu, namun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) membatalkan keputusan itu dan memberikan kemenangan 3-0 kepada skuad Golden Star Warriors susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain Harimau Malaya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok