• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Messi Kini Pemilik Eldense, Buka Bab Baharu Dalam Bola Sepanyol
02 October 2026 | 11:06 AM

Messi Kini Pemilik Eldense, Buka Bab Baharu Dalam Bola Sepanyol

MADRID - Ikon bola sepak Argentina, Lionel Messi, secara rasmi mengambil alih kelab divisyen kedua Sepanyol, CD Eldense, menurut pengumuman kelab itu semalam.

Kelab yang berpangkalan di kawasan pedalaman berhampiran Alicante itu menjadi kelab kedua dalam bola sepak Sepanyol yang dimiliki Messi selepas bekas bintang Barcelona berkenaan mengambil alih Cornella, berhampiran Barcelona, pada April lalu.

“Club Deportivo Eldense secara rasmi mengumumkan pengambilalihan oleh Leo Messi.

“Ditubuhkan pada 1921, CD Eldense memulakan lembaran baharu dengan cita-cita untuk mengukuhkan kedudukan dan berkembang dalam bola sepak profesional,” menurut kenyataan kelab itu di laman dalam taliannya.

Messi, 39, kini beraksi bersama Inter Miami sejak 2023.

Menurut laporan media, kontrak pemain berkenaan bersama kelab Major League Soccer (MLS) itu turut mempunyai peruntukan yang membolehkannya menjadi pemegang saham dalam kelab tersebut selepas bersara daripada bola sepak.

Pemenang Ballon d'Or sebanyak lapan kali itu sebelum ini mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada penghujung Ogos selepas Argentina tewas kepada Sepanyol dalam aksi final Piala Dunia 2026.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok