• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Tinggalkan Kem Portugal, Hubungan Dengan Jesus Makin Tegang
01 October 2026 | 10:33 AM

Ronaldo Tinggalkan Kem Portugal, Hubungan Dengan Jesus Makin Tegang

COPENHAGEN - Masa depan Cristiano Ronaldo bersama skuad Portugal menjadi tanda tanya selepas penyerang berusia 41 tahun itu meninggalkan kem latihan pasukan di Copenhagen secara mengejut, semalam.

Ronaldo meninggalkan kem sehari sebelum Portugal berdepan Denmark dalam aksi Liga Negara-Negara, susulan ketegangan yang dilaporkan berlaku antara dirinya dengan pengendali baharu, Jorge Jesus.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Ronaldo berkata keputusan meninggalkan kem dibuat selepas sidang media Jesus dan perbincangannya dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF), Pedro Proenca.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci sebab sebenar meninggalkan pasukan, sebaliknya berkata akan menjelaskan perkara itu kepada rakyat Portugal pada masa yang sesuai.

FPF mengesahkan Ronaldo meninggalkan kem, namun menegaskan persiapan menghadapi Denmark dan perlawanan menentang Norway di laman sendiri pada Ahad akan diteruskan seperti dirancang bersama baki 24 pemain.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai masa depan Ronaldo bersama skuad kebangsaan, selain kedudukan Jesus yang baru dua perlawanan mengendalikan Portugal selepas menggantikan Roberto Martinez.

Ketegangan antara Ronaldo dan Jesus mula menjadi perhatian selepas Ronaldo tidak diturunkan ketika Portugal menewaskan Norway 2-1 pada Ahad. Jesus sebelum perlawanan memaklumkan Ronaldo akan bermula di bangku simpanan, namun akhirnya tidak memasukkannya ke dalam permainan.

Ronaldo kemudian menjalani latihan di gimnasium pada Isnin dan Selasa, walaupun tidak mengalami kecederaan.

Jesus sebelum ini menafikan wujud sebarang masalah dengan Ronaldo dan berkata penyerang itu bersedia mengikut keputusan yang dibuatnya.

"Ronaldo marah kepada saya, tetapi bagi saya, perkara itu sudah berlalu," kata Jesus.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak Portugal dengan 146 gol serta pemegang rekod penampilan antarabangsa terbanyak negara itu dengan 234 perlawanan.

Minggu lalu, Ronaldo turut berkata beliau boleh meninggalkan skuad kebangsaan "hari ini" sekiranya pengendali tidak lagi mahukannya dalam pasukan.

Perkembangan terbaharu itu kini menimbulkan persoalan sama ada Ronaldo akan kembali menyertai skuad Portugal atau keputusan meninggalkan kem menjadi petanda baharu mengenai penghujung karier antarabangsa beliau.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok