• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Julang Lima Trofi Di AIM25, Mimifly Tetap Kekal Prinsip
28 September 2026 | 12:01 PM

Julang Lima Trofi Di AIM25, Mimifly Tetap Kekal Prinsip

KUCHING, 27 Sept (Bernama) - Bergelar pemenang terbanyak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) dengan menggenggam lima trofi tidak sedikit pun mengubah prinsip penyanyi popular, Mimi Fly, untuk kekal fokus kepada nilai keunikan karya berbanding kejayaan peribadi.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham mendominasi dengan merangkul AIM25 bagi Lagu Perayaan Terbaik dan Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok menerusi lagu Serumpun, Video Muzik Terbaik dan Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik (Temberang), serta Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Nara).

Beliau menegaskan keutamaannya bukanlah mengejar trofi, sebaliknya mahu terus mencetuskan inspirasi menerusi identiti muziknya yang tersendiri.

"Mimi tak nak pencapaian atau kegagalan buat Mimi berhenti berkarya. Mimi cuma nak jadi anak seni yang the one and only yang lain daripada yang lain, bukan untuk mencari yang terbaik dalam kalangan kita," katanya kepada pemberita pada majlis anugerah tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.

Berkongsi mengenai kejayaan cemerlang sebagai artis independent, Mimi menyifatkan pencapaian tersebut adalah hasil sokongan berterusan pasukan kecilnya serta berkat doa ibunya.

Beliau berkata detik kebangkitan semulanya bermula selepas bertemu penerbit Bo Amir Ikram yang kembali menyuntik inspirasi untuk berkarya pada akhir 2024, sebelum menubuhkan pasukan pengurusan sendiri bersama-sama pengurusnya.

"Mimi bukan di bawah mana-mana label, Mimi ialah pasukan Mimi sendiri. Walaupun pasukan Mimi tidak besar, mereka sangat percaya dan mahu melihat Mimi berjaya. Mimi juga rasa berkat doa Mama yang tidak berhenti doakan Mimi membuatkan Mimi berdiri di sini hari ini," katanya.

Mengulas lanjut perjalanan kerjayanya, penyanyi berusia 39 tahun itu mendedahkan beliau pernah melalui fasa sukar sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam industri, termasuk mengalami rasa hilang arah apabila menyepi tanpa sebarang karya selama empat tahun.

Beliau turut pernah menerima tanggapan negatif sesetengah pihak yang menganggap dirinya sudah tidak relevan, melepasi fasa kemuncak, dan terlalu tua untuk bertapak dalam industri muzik.

"Terlampau banyak kali Mimi buat sesuatu yang tidak menjadi dan orang tak percaya. Apabila orang kata prime time Mimi dah berakhir atau Mimi dah tak relevan, bertahun-tahun benda itu mempengaruhi hidup sampai Mimi sendiri mula percaya yang Mimi tak layak.

"Namun, Mimi bersyukur kerana tidak berputus asa dan mengambil peluang untuk bangun semula. Kemandirian ini adalah kemanisan yang Tuhan berikan," katanya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok