• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sukan Asia: Eain Yow Pertahan Emas, Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke LA28
27 September 2026 | 07:47 PM

Sukan Asia: Eain Yow Pertahan Emas, Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke LA28

NAGOYA - Ng Eain Yow mencipta sejarah apabila muncul pemain skuasy pertama layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) selepas mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Pemain berusia 28 tahun itu menewaskan wakil India, Abhay Singh 11-9, 11-5, 11-5 pada aksi final yang berlangsung di Arena Nagoya Kinjo Futo.

Kemenangan itu turut menyaksikan Eain Yow menjadi atlet Malaysia pertama yang mengesahkan tempat ke LA28.

Pemenang acara perseorangan lelaki dan wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya menerima tiket automatik ke Olimpik LA28, yang bakal menyaksikan skuasy membuat penampilan sulung dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Skuasy diterima masuk ke dalam program Olimpik oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 2023 selepas bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan tempat dalam temasya berkenaan.

Kejayaan hari ini turut menyaksikan Eain Yow menjadi pemain pertama sejak legenda negara, Ong Beng Hee pada 2002 dan 2006, untuk mempertahankan emas perseorangan lelaki Sukan Asia.

Pemain ranking ke-18 dunia itu mara ke final selepas menewaskan wakil Pakistan, Noor Zaman, manakala Abhay, pemain ranking ke-26 dunia, menyingkirkan seorang lagi wakil Malaysia, Muhammad Irfan, pada separuh akhir semalam.

Noor kemudian meraih gangsa selepas menewaskan Muhammad 11-7, 11-7, 13-11 dalam penentuan tempat ketiga hari ini.

Dalam perkembangan sama, juara bertahan perseorangan wanita, S Sivasangari, akan turun beraksi dalam final selepas ini menentang wakil India, Anahat Singh.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok