• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Piala FIFA ASEAN: Malaysia Kalahkan Bangladesh 3-0
25 September 2026 | 07:11 PM

Piala FIFA ASEAN: Malaysia Kalahkan Bangladesh 3-0

JAKARTA - Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN FIFA 2026 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Bangladesh 3-0 dalam aksi pertama Divisyen 1 Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, hari ini.

Arif Aiman Hanapi menjadi watak utama kemenangan Malaysia apabila meledak dua gol pada minit ke-18 dan ke-37, manakala Bergson da Silva melengkapkan kemenangan menerusi jaringan pada minit ke-52.

Malaysia yang tampil dengan misi meraih kemenangan terlebih dahulu menguji benteng Bangladesh menerusi Faisal Halim pada minit keempat, namun percubaan dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol, Mehedi Hasan Srabon.

Tekanan berterusan Harimau Malaya akhirnya membuahkan hasil apabila Arif Aiman menyudahkan hantaran Nooa Laine untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-18.

Bangladesh cuba bangkit meredakan tekanan, namun Malaysia terus menguasai permainan. Arif Aiman sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-37 selepas menerima hantaran Stuart Wilkin untuk menggandakan kelebihan.

Manuel Hidalgo hampir menambah gol ketiga sebelum tamat babak pertama, tetapi percubaannya pada minit ke-42 ditepis Mehedi Hasan Srabon.

Bersambung babak kedua, Malaysia terus mengasak dan Bergson akhirnya membuka akaun jaringannya bersama Harimau Malaya apabila menyempurnakan hantaran Corbin Ong pada minit ke-52 untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kemudian melakukan beberapa pertukaran bagi menyegarkan jentera pasukan dengan memasukkan Fergus Tierney, Paulo Josue, Nazmi Faiz Mansor, Syahmi Safari dan G Pavithran.

Bangladesh berpeluang merapatkan jurang pada minit ke-75 menerusi Hamza Choudhury, namun percubaannya dinafikan Haziq Nadzli.

Fergus Tierney hampir menambah gol keempat Malaysia pada minit ke-82, tetapi percubaannya sekadar menggegar palang.

Malaysia akhirnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-0, sekali gus meraih tiga mata penting sebagai bekalan sebelum berdepan Indonesia pada Isnin ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok