• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Kejar 1,000 Gol, Belum Fikir Persaraan
24 September 2026 | 10:47 AM

Ronaldo Kejar 1,000 Gol, Belum Fikir Persaraan

OEIRAS - Cristiano Ronaldo menegaskan dirinya masih belum memikirkan untuk menamatkan karier antarabangsa, sambil menyasarkan dua pencapaian utama bersama Portugal, menjulang Liga Negara-Negara UEFA dan melengkapkan koleksi 1,000 gol.

Kapten Portugal berusia 41 tahun itu berkata beliau masih mempunyai banyak sumbangan untuk diberikan kepada skuad kebangsaan, ketika pasukan berdepan era baharu di bawah kendalian Jorge Jesus.

Ronaldo kini telah menjaringkan 979 gol sepanjang kariernya, termasuk 833 gol di peringkat kelab dan 146 bersama Portugal, sekali gus hanya memerlukan 21 gol lagi untuk mencapai angka 1,000.

Ketika ditanya sama ada kejayaan memenangi Liga Negara-Negara atau mencapai 1,000 gol lebih penting, Ronaldo berkata beliau mahu mencapai kedua-duanya.

"Satu matlamat ialah mencapai kedua-duanya, menjaringkan 1,000 gol dan pasukan kebangsaan cuba memenangi Liga Negara-Negara ini.

"Ia era baharu bersama pengendali Jorge Jesus, yang kita semua kenal. Saya cuma berharap segala-galanya berjalan lancar untuknya," katanya ketika berucap pada Portugal Football Summit di ibu pejabat Persatuan Bolasepak Portugal (FAP) di luar Lisbon, semalam.

Menurut Ronaldo, menjaringkan gol ke-1,000 bersama Portugal akan menjadi kemuncak yang cukup bermakna dalam perjalanan kariernya.

"Menjaringkan gol ke-1,000 untuk pasukan kebangsaan akan menjadi kemuncak kepada sesuatu sebuah kisah yang indah.

"Ia bukan pengakhirannya, tetapi ia akan menjadi sebuah kisah yang indah," katanya.

Ronaldo bagaimanapun menegaskan beliau tidak mahu terlalu terobsesi dengan angka berkenaan dan memilih untuk menikmati setiap perlawanan yang dilaluinya.

"Saya sudah mengakui bahawa saya mahu mencapainya dan saya akan mencapainya. Satu obsesi? Tidak. Selebihnya ialah menikmati, menikmati setiap hari," katanya.

Beliau turut mengakui pernah mempertimbangkan masa depannya bersama Portugal selepas pasukan itu tersingkir pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia, namun perbincangan dengan FAP dan Jesus mendorongnya untuk terus beraksi di peringkat antarabangsa.

Mengenai persaraan, Ronaldo berkata beliau kini memilih untuk memberi tumpuan kepada masa kini dan tidak terlalu memikirkan apa yang bakal berlaku.

"Saya belajar sesuatu sejak penghujung usia 30-an, hidup untuk saat ini dan jangan fikir tentang hari esok.

"Adakah ia mungkin berlaku? Ya. Sangat berkemungkinan? Ya. Tetapi adakah ia akan berlaku? Tidak, saya tidak tahu," katanya.

Portugal dijadual menentang Wales dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA awal pagi esok, yang turut menjadi penampilan pertama Jesus sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok