• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Irfan Sandaran Malaysia Buru Pingat Pertama Olahraga Di Sukan Asia
23 September 2026 | 11:42 AM

Irfan Sandaran Malaysia Buru Pingat Pertama Olahraga Di Sukan Asia

NAGOYA - Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin menjadi sandaran utama skuad olahraga Malaysia untuk menghadirkan pingat pertama pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila turun beraksi pada final acara berkenaan, esok.

Penyelaras Program Kejurulatihan Olahraga Malaysia (MA), Mohd Manshahar Abd Jalil berkata, Irfan kini berada pada tahap terbaik dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi persaingan sengit dalam acara kegemarannya itu.

Menurutnya, saingan final dijangka sengit berikutan beberapa negara turut mempertaruhkan atlet terbaik Asia, namun pengalaman serta persiapan rapi Irfan diyakini mampu membantu atlet berusia 31 tahun itu mencabar kelompok podium.

“Ini adalah acara final Irfan dan persaingan pasti cukup hebat kerana beberapa negara juga menampilkan atlet-atlet terbaik mereka.

“Dari segi mental dan fizikal, Irfan cukup bersedia untuk acara kegemarannya itu. Kita mengharapkan sesuatu yang baik daripada Irfan dan berharap dia dapat menghadiahkan pingat di podium,” katanya.

Peluang Irfan untuk menaiki podium turut dilihat terbuka berdasarkan ranking semasa, apabila beliau kini menduduki tangga ketiga Asia.

Irfan berada di belakang atlet China, Abuduaini Tuergong yang menghuni ranking pertama, manakala wakil tuan rumah Jepun, Masateru Yugami berada di kedudukan kedua.

Pada Jun lalu, Irfan turut memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri selepas melakukan lontaran sejauh 62.87 meter (m) pada Kejohanan Nemzetkozi Atletikai Balatkn Bajnoksag di Veszprem, Hungary.

Sementara itu, dua lagi atlet negara akan membuka tirai saingan olahraga esok apabila jaguh pecut Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Muhammad Umaira Subri turun beraksi dalam saringan 100m lelaki.

Manshahar berkata, kedua-dua atlet berkenaan juga berada dalam keadaan bersedia dan berharap mereka mampu melangkah ke peringkat separuh akhir.

“Mereka sudah bersedia dari segi mental kerana kita tahu Sukan Asia memerlukan tahap persediaan yang tinggi dan atlet perlu bersedia untuk bersaing.

“Kita mengharapkan sesuatu yang baik daripada Azeem dan Umaira untuk melangkah ke peringkat separuh akhir,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok