• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ed Sheeran menitiskan air mata ketika buka persembahan di Philadelphia
21 September 2026 | 11:29 AM

Ed Sheeran menitiskan air mata ketika buka persembahan di Philadelphia

PHILADELPHIA - Penyanyi popular Britain, Ed Sheeran, tidak dapat menahan air mata ketika membuka persembahannya di Lincoln Financial Field, di sini, semalam, susulan kontroversi yang tercetus selepas ‘rapper’ Macklemore dikeluarkan daripada siri jelajah The Loop Tour.

Ed, 35, tampil tanpa artis pembuka pada persembahan itu selepas beberapa artis yang sebelum ini dijadual menyokong jelajah berkenaan menarik diri sebagai tanda solidariti terhadap Macklemore.

Ketika membuka persembahan, Ed memohon maaf kepada peminat dan mengakui terpaksa membuat beberapa keputusan sukar sepanjang minggu lalu.

“Saya terpaksa membuat dan mengambil keputusan sukar dan saya melakukan kesilapan. Saya benar-benar minta maaf.

“Saya tidak mahu mengecewakan peminat,” katanya, lapor BBC.

Ed turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah mahu dikenali sebagai pemuzik yang memperjuangkan agenda politik, namun perkembangan terbaru menyebabkan dirinya terheret ke dalam perdebatan mengenai kebebasan bersuara dan konflik di Asia Barat.

“Saya tidak pernah mahu menjadi pemuzik aktivis, tetapi perkara ini meletakkan saya di tengah-tengah perdebatan penting dan penuh emosi mengenai kebebasan bersuara serta isu politik paling kompleks di dunia,” katanya.

Dalam ucapannya, Ed turut menyentuh serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober yang disifatkannya sebagai mengerikan, selain menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan di Gaza.

“Apa yang berlaku di Gaza adalah tidak boleh diterima dan tidak wajar,” katanya.

Ed berkata, hatinya hancur melihat skala kemusnahan serta kehilangan nyawa orang awam, termasuk kanak-kanak, akibat konflik berkenaan.

“Saya tidak boleh lagi menyembunyikan perasaan saya mengenainya,” katanya.

Kontroversi tercetus selepas Macklemore, yang sebelum ini menjadi antara artis pembuka The Loop Tour, dilaporkan menyatakan sokongan terhadap Palestin ketika persembahan selain melaungkan slogan ‘Bebaskan Palestin’.

Macklemore kemudian dikeluarkan daripada barisan artis pembuka, sebelum beberapa artis lain termasuk Finneas, Aaron Rowe, Lukas Graham dan kumpulan Beoga mengumumkan penarikan diri daripada baki siri jelajah berkenaan sebagai tanda solidariti.

Ed sebelum ini dilaporkan menafikan bahawa beliau membuat keputusan untuk menyingkirkan Macklemore, sebaliknya menjelaskan tindakan itu dibuat oleh penganjur siri jelajah.

Persembahan di Philadelphia menjadi penampilan pertama Ed selepas kontroversi berkenaan tercetus dan berlangsung tanpa artis pembuka.

Sementara itu, beberapa kumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di luar lokasi konsert bagi menyuarakan bantahan terhadap tindakan mengeluarkan Macklemore daripada siri jelajah terbabit.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok