KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) - Sebanyak 17 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).
Bacaan tertinggi dicatatkan di stesen pemantauan di Kapit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak dengan masing-masing merekodkan bacaan 167 selain turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Sri Aman (161), Bintulu (159) dan Kuching (158).
Kawasan lain di Sarawak yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Miri dan Samarahan dengan bacaan 157, Sibu (156), ILP Miri (139) serta Limbang (102).
Selain itu, Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan bacaan 157 diikuti Seremban (154), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (153), Bukit Rambai, Melaka (151) dan Shah Alam, Selangor (149).
IPU tidak sihat turut direkodkan di Tangkak, Johor pada bacaan 107 manakala Kota Kinabalu, Sabah merekodkan bacaan 104.
Sementara itu, sebanyak 41 kawasan mencatatkan bacaan pada tahap sederhana manakala enam kawasan merekodkan bacaan baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
Sumber: BERNAMA
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back