• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 Buka Tirai Secara Rasmi
19 September 2026 | 11:28 PM

Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 Buka Tirai Secara Rasmi

NAGOYA, Jepun - Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuka tirai secara rasmi malam ini menerusi upacara pembukaan penuh warna, cahaya dan elemen kebudayaan Jepun yang berlangsung di Stadium Olahraga Paloma Mizuho, di sini.

Upacara perasmian edisi ke-20 temasya sukan terbesar Asia itu disempurnakan oleh Maharaja Jepun, Naruhito, sekali gus menandakan bermulanya saingan yang menghimpunkan atlet terbaik dari seluruh benua.

Turut hadir menyaksikan upacara pembukaan ialah Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari yang memberikan sokongan kepada Kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan ratu wushu, Tan Cheong Min diberi penghormatan mengetuai perarakan Kontinjen Malaysia sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Kontinjen negara yang merupakan kontinjen ke-22 memasuki stadium bersama Chef de Mission, Datuk Wira Mohd Sumali Reduan serta 63 atlet dan pegawai.

Mereka tampil mengenakan batik putih dengan corak biru, merah dan emas yang mencerminkan identiti serta warisan Malaysia.

Rekaan batik berkenaan bukan sekadar busana rasmi, malah membawa simbol keyakinan, keberanian, semangat dan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan.

Motif bunga dan tumbuhan tradisional berwarna emas pula menyerlahkan kekayaan warisan serta kehalusan seni kraf negara.

Kontinjen Malaysia bakal meneruskan perjuangan dalam pelbagai acara sepanjang temasya Aichi-Nagoya 2026.

Sumber: FB Majlis Sukan Negara Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok