KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) - Tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya akibat jerebu setakat 9 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), lapan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Sarikei (194), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (183), Samarahan (180), Kuching (171), Samalaju (164), Sri Aman (157), Sibu (155) dan Mukah (154).
Sementara itu, empat kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Larkin (140), Kluang (125), Batu Pahat (115) dan Pasir Gudang (114).
Di Kuala Lumpur, kawasan Batu Muda turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 167.
Secara keseluruhan, 48 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan mencatatkan bacaan baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
Sumber: BERNAMA
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back