• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jerebu: IPU Di Serian Kembali Ke Tahap Bahaya Pagi Ini
08 September 2026 | 10:31 AM

Jerebu: IPU Di Serian Kembali Ke Tahap Bahaya Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) - Kualiti udara di Serian, Sarawak kembali ke tahap bahaya apabila stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kawasan itu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 302, pagi ini.

Jumaat lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengisytiharkan darurat jerebu di seluruh bahagian Serian susulan pencemaran udara yang membahayakan kesihatan awam, sebelum pengisytiharan itu ditamatkan semalam

Sementara itu, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) pagi ini, tiga kawasan di Sarawak merekodkan status bacaan sangat tidak sihat iaitu Kuching (243), Samarahan (237) dan Sri Aman (232).

Beberapa kawasan lain di negeri itu turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat antaranya Mukah (184), Sarikei (183), Samalaju (178), Bintulu (170), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (169), Miri (169) dan Sibu (166).

Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi bagi negeri itu dengan IPU 168, diikuti Shah Alam (165), Banting (159), Klang (156), Petaling Jaya (154) dan Kuala Selangor (152).

Turut mencatatkan status tidak sihat ialah Tasek Ipoh (162), Seri Manjung (159), Tanjung Malim (156) dan Pegoh Ipoh (152) di Perak, manakala di ibu negara melibatkan Batu Muda (157), Cheras (154) selain Putrajaya (155).

Kawasan lain yang berada pada tahap sama ialah Nilai (157) dan Seremban (153) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (149) serta Alor Gajah (144) di Melaka; Labuan (128); dan Segamat, Johor (106).

Secara keseluruhan, 37 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatatkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok