• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Samarahan Catat IPU Sangat Tidak Sihat Setakat 8 Pagi
07 September 2026 | 10:33 AM

Samarahan Catat IPU Sangat Tidak Sihat Setakat 8 Pagi

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) - Tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya akibat jerebu setakat 8 pagi ini, namun Samarahan di Sarawak menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat, iaitu 226.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 40 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat manakala 24 kawasan merekodkan bacaan sederhana dan dua kawasan pada tahap baik.

Sarawak kekal menjadi negeri paling terjejas dengan 11 kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Sarikei (194), IPD Serian (193), Kuching (192), Sibu (183), Sri Aman (183), Mukah (182), Samalaju (179), Bintulu (172), ILP Miri (169), Miri (166) dan Limbang (149).

Sementara itu, enam kawasan di Selangor, iaitu Johan Setia (184), Shah Alam (166), Petaling Jaya (158), Klang (158), Kuala Selangor (157) dan Banting (158), selain Batu Muda (163) dan Cheras (160) di Kuala Lumpur, Putrajaya (163) serta Labuan (157) turut mencatatkan IPU tidak sihat.

Negeri lain yang turut berada pada kategori sama adalah Pahang melibatkan Temerloh (153) dan Jerantut (140), selain Nilai (166), Seremban (164) dan Port Dickson (125) di Negeri Sembilan serta Kota Kinabalu (153) dan Kimanis (153) di Sabah.

Di selatan tanah air, kualiti udara tidak sihat turut direkodkan di Segamat (157), Tangkak (154), Batu Pahat (157) dan Kluang (151) di Johor manakala di Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah (154), Bukit Rambai (154) dan Bandaraya Melaka (111).

Perak pula merekodkan lima kawasan IPU tidak sihat, iaitu di Tanjung Malim (160), Seri Manjung (159), Tasek Ipoh (156), Pegoh Ipoh (152) dan Taiping (132).

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok